awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Kerajaan kaji semula pelaksanaan GST

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/12/2020
03:05 MYT
Dewan Rakyat: Kerajaan kaji semula pelaksanaan GST
Kajian ini akan turut meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kerajaan sedang mengkaji semula keperluan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang telah pun dimansuhkan ketika era pentadbiran Pakatan Harapan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkata, selain GST, kajian itu juga akan mengambil kira apa jua modal cukai kepenggunaan, termasuk kelemahan dan GST, cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
“Kajian ini akan turut meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.
“Sebarang cukai baharu jika ada, perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara,” katanya lagi.
Mohd Shahar berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kerajaan Perikatan Nasional akan melaksanakan semula GST atau cukai kekayaan untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan.
Topic Berkaitan
#GST
#cukai kepenggunaan
#Mohd Shahar Abdullah
#Paya Besar
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#kerajaan
#cukai
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan