Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)', dengan jaminan kerajaan undang-undang baharu bagi menangani kegiatan kumpulan itu akan memberi penekanan terhadap aspek pencegahan dan pembanterasan.
Ini dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menggulung perbahasan usul berkenaan.
"Saya ingin beri jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengikut acuan perundangan negara lain jika mahu mewujudkan akta antikeganasan, walaupun hakikatnya enam negara di dunia telah mewujudkan akta seperti itu," katanya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meluluskan usul yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, selepas mendapat lebih suara menyokong, berbanding membantah.
Enam anggota Parlimen, masing-masing tiga daripada Barisan Nasional (BN) dan tiga pembangkang membahaskan usul Kertas Putih itu yang menjelaskan mengenai bahaya IS dan tahap ancaman kepada keselamatan negara.
Ketika membentangkan usul itu pagi ini, Najib berkata kerajaan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan pengganasan yang akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
Ketika membahas usul berkenaan, anggota-anggota Dewan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) menyokong dan menyambut baik usul berkenaan.
Anwar berkata undang-undang baharu itu harus tegas dalam usaha menangani permasalahan pengganas dan tidak digunakan untuk kepentingan politik.
Beliau turut meminta kerajaan memberi penjelasan lebih teliti mengenai kegiatan militan, terutama mengenai IS.
Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) pula meminta kerajaan mengembalikan penahanan tanpa bicara kerana undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) tidak cukup untuk menangani isu berkenaan.
"Untuk jaga keselamatan dalam negara, walau apapun kita kena kembalikan tangkap tanpa bicara. Walaupun hari ini kita ada SOSMA dan POCA, tapi ini tidak cukup untuk atasi masalah pengganas," tegas Noh.
Sementara itu, Ahmad Zahid memberitahu sidang media kemudian bahawa kebanyakan rakyat tempatan yang terlibat dengan kegiatan militan melahirkan kekesalan terhadap perbuatan mereka.
"Mereka ini ada yang telah kembali ke tanah air dan penahanan telah dibuat. Daripada maklumat yang kami kumpulkan, mereka semua nyata tertipu dengan dakyah yang dibuat oleh individu yang merekrut mereka. Semuanya ternyata indah khabar daripada rupa," katanya.
Jelasnya, mana-mana individu yang ditahan tetap akan didakwa di mahkamah di bawah SOSMA biarpun mereka menyesal dan berikrar tidak mengulangi kesalahan mereka.
Tambah Ahmad Zahid, pasport mereka yang terlibat juga telah dibatalkan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menolak andaian akan wujud salah guna kuasa berhubung undang-undang yang bakal digubal untuk menangani kegiatan militan dan keganasan.
Tegasnya, dakwaan itu tidak berasas kerana tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk menangani dan mengelak kegiatan keganasan membabitkan rakyat Malaysia.
"Jangan ada kekhuatiran berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana menteri yang diberi tanggungjawab mengendalikannya," katanya.
Bernama
Wed Nov 26 2014
Najib ketika membentangkan Kertas Putih IS di Dewan Rakyat hari ini. - fotoBERNAMA
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kes lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Mahkamah Sesyen Johor Bahru memindahkan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram 17 Mei lepas ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 Sept
Mahkamah turut memerintahkan seorang daripada lima tertuduh untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital.
Lelaki miliki bahan berkaitan kumpulan IS didakwa
Tertuduh didakwa memiliki barangan berkaitan dengan kumpulan pengganas di dalam telefon bimbit miliknya.
Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Pekebun didakwa sokong pengganas ‘IS’, miliki barang berunsur keganasan
Seorang pekebun didakwa atas pertuduhan menyokong dan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS), sejak tahun lalu.
Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan
Irwanzir yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Jan lalu.
Bukan Islam di Indonesia tidak lagi digelar 'kafir'
Cadangan mengharamkan menyebutkan warga Indonesia bukan Islam sebagai kafir tidak menghapus istilah itu dalam Al-Quran atau hadis, sebaliknya ia sikap teologis NU mengenai isu itu ketika ini.
Lapan pengunjung pasar raya jadi tebusan lelaki bersenjata
Seorang lelaki bersenjata telah menggunakanbeberapa pengunjung sebagai tebusan di sebuah pasar raya di Trebes, di barat daya Perancis.
Polis tangkap sembilan suspek terlibat aktiviti Daish
Dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Kelantan itu, tiga warga asing dan enam rakyat Malaysia yang berusia antara 17 hingga 56 tahun ditahan.
Daish 'semakin agresif' - Cawangan Khas Bukit Aman
Cawangan Khas Bukit Aman beri amaran, kumpulan pengganas Daish 'semakin agresif' dalam menyebarkan ideologi mereka.