awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus rang undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia

Bernama
Bernama
28/10/2021
20:04 MYT
Dewan Rakyat lulus rang undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia
Ahmad Amzad berkata rang undang-undang itu digubal bagi menyediakan kerangka perundangan untuk memastikan aktiviti angkasa negara dilaksanakan dengan selamat, bertanggungjawab dan terjamin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan tanpa pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 yang bertujuan menubuhkan Lembaga Angkasa Malaysia.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Ahmad Amzad Hashim ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata fungsi Lembaga Angkasa Malaysia adalah berbeza dengan peranan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), sedia ada.
Ahmad Amzad berkata rang undang-undang itu digubal bagi menyediakan kerangka perundangan untuk memastikan aktiviti angkasa negara dilaksanakan dengan selamat, bertanggungjawab dan terjamin selain mematuhi garis panduan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.
Selain itu, rang undang-undang tersebut akan menjadi panduan bagi perkembangan teknologi angkasa tempatan dan dijangka meningkatkan minat serta keyakinan industri tempatan dan luar negara untuk melabur dalam sektor angkasa negara.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung 4 petang esok bagi pembentangan Bajet 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Angkasa Malaysia
#Dewan Rakyat
#Ahmad Amzad Hashim
#lulus tanpa pindaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan