awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: NADMA keluar notis kesiapsiagaan banjir Pantai Timur sejak 23 Feb - Abd Latiff

Bernama
Bernama
01/03/2022
04:09 MYT
Dewan Rakyat: NADMA keluar notis kesiapsiagaan banjir Pantai Timur sejak 23 Feb - Abd Latiff
Abd Latiff berkata notis tersebut dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). - Foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Notis kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir di Pantai Timur telah dikeluarkan sejak 23 Feb lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Abd Latiff Ahmad.
Abd Latiff berkata notis tersebut telah dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) kepada jawatankuasa bencana negeri-negeri terlibat.
"Antara tindakan drastik lain kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan ialah menyampaikan maklumat, data serta arahan tepat awal dan ia menerima respons positif daripada agensi berkaitan bencana negeri," katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang meminta perdana menteri menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil oleh kerajaan dalam menangani musibah banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur pada waktu ini.
10,000 frontliner akan digembleng untuk operasi menyelamat banjir
Sementara itu, Abd Latiff berkata operasi menyelamat mangsa banjir di tujuh daerah di Kelantan dan lapan daerah di Terengganu pada 26 Feb lepas hingga semalam dijalankan dalam suasana positif dan mendapat kerjasama baik daripada agensi berkaitan bencana negeri.
Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob akan mengadakan lawatan ke Terengganu dan Kelantan esok bagi meninjau suasana banjir di negeri berkenaan selain mengumumkan bantuan kepada mangsa terlibat.
Mangsa banjir di Terengganu mencatat seramai 17,742 orang daripada 4,557 keluarga setakat 8 pagi ini dengan 141 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka manakala seramai 7,625 orang daripada 2,483 keluarga ditempatkan di 46 PPS di Kelantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#banjir
#NADMA
#Abd Latiff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan