awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
Surat terbuka Najib Razak buat rakyat Malaysia
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Tiada individu termasuk Abdul Azeez, disiasat kes 'curi' wang Tabung Haji

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/09/2021
04:58 MYT
Dewan Rakyat: Tiada individu termasuk Abdul Azeez, disiasat kes 'curi' wang Tabung Haji
Abdul Azeez bertanya mengenai pembukaan kertas siasatan berhubung pelbagai dakwaan dan pertuduhan membabitkan penyelewengan yang berlaku dalam TH. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak berhubung dakwaan 'mencuri' wang Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia termasuk dakwaan siasatan yang dikatakan dibuat terhadap bekas Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
"Setakat ini tidak ada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak atas tuduhan mencuri wang TH termasuklah Yang Berhormat Baling (Abdul Azeez) yang sering kedengaran," katanya.
Ahmad Marzuk berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdul Azeez (BN-Baling) mengenai pembukaan kertas siasatan berhubung pelbagai dakwaan dan pertuduhan membabitkan penyelewengan yang berlaku di TH.
Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH pada tahun 2013 sebelum meletak jawatan beberapa hari selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Curi duit TH? Tiada lagi kertas siasatan dibuka
BACA: Abdul Azeez belum bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram - SPRM
BACA: Analisis kewangan SPRM bebaskan Azeez daripada rasuah - Peguam beritahu mahkamah
BACA: Kerajaan teliti cadangan penubuhan RCI Tabung Haji
BACA: Isu TH: 'Saya rayu tubuhkan RCI, sedia jadi orang pertama beri komitmen' - Azeez
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Tabung Haji
#Dewan Rakyat
#kertas siasatan
#curi wang TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan