awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti cadangan penubuhan RCI Tabung Haji

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/12/2020
03:43 MYT
Kerajaan teliti cadangan penubuhan RCI Tabung Haji
Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memperhalusi cadangan penubuhan RCI berkenaan Tabung Haji termasuk aspek perundangan dan kaedah pelaksanaan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memperhalusi cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji (TH) termasuk aspek perundangan dan kaedah pelaksanaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata cadangan tersebut telah dibincangkan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Ogos lalu.
"Kerajaan amat memahami bahawa perlunya kepada suatu badan yang bebas dan berautoriti dalam meneliti dan menilai segala transaksi yang dilakukan oleh Tabung Haji (TH)
"Ingin saya tegaskan bahawa segala yang dilakukan oleh Kerajaan adalah dengan niat suci, untuk mencari titik penyelesaian yang boleh diterima semua pihak.
"Serta paling penting, untuk memastikan segala urus tadbir TH menepati kepentingannya sebagai institusi milik umat Islam di negara ini," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) meminta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan RCI berkenaan Tabung Haji bagi menamatkan polemik politik yang membelenggu institusi itu.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Dewan Rakyat
#RCI
#Tabung Haji
#Perdana Menteri
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#hal ehwal agama
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan