awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Undang-undang pemberi maklumat antara tumpuan hari ini

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2021
00:30 MYT
Dewan Rakyat: Undang-undang pemberi maklumat antara tumpuan hari ini
Seramai 131 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang serta bebas mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Bajet 2022. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cadangan kaji semula undang-undang berkaitan pemberi maklumat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) antara persoalan yang akan dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, pertanyaan itu diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada sesi soal jawab yang meminta Perdana Menteri menjelaskan sejauh mana keberkesanannya melindungi pemberi maklumat dalam kes salah laku dan rasuah berprofil tinggi.
Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) pula bertanyakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan mengenai isu kenaikan kos input pertanian khasnya baja yang mencecah sehingga 70 peratus.
Ahmad Nazlan juga akan bertanyakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh kementerian bagi menangani isu ini yang jelas menjejaskan pendapatan para petani.
Antara lain, bagi sesi pertanayaan jawab lisan, Lim Lip Eng (PH-Kepong) meminta Menteri Wilayah Persekutuan untuk menyatakan berkenaan bilangan pemohon PPR di kawasan Kuala Lumpur yang sudah diluluskan dan menunggu rumah serta bilangan pemohon yang belum diluluskan.
Pada masa sama beliau memohon penjelasan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan mereka yang sudah terlebih layak di PPR untuk mengosongkan premis tersebut bagi memberi peluang kepada mereka yang menunggu rumah.
Menurut takwim Parlimen, persidangan Dewan Rakyat dijangka diteruskan dengan sesi penggulungan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) oleh kementerian terlibat bermula Isnin hingga Khamis.
Sebelum ini, seramai 131 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang serta bebas mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Bajet 2022 selama tujuh hari bermula 1 November lepas.
Dewan Rakyat akan bersidang sehingga 16 Disember ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#pemberi maklumat
#Parlimen
#PPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan