Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berusia 150 tahun pada tahun ini, menjadikan ia DUN tertua di Malaysia sejak persidangannya yang pertama diadakan pada 8 Sept 1867 di Bintulu.
Menurut Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, sambutan ulang tahun ini sangat penting kerana sejarah keunggulan Dewan ini merupakan lambang kedaulatan negeri Sarawak melalui proses perundangan yang adil.
Selain itu, DUN ini juga merupakan DUN pertama mengamalkan sistem swa-pemerintahan yang berlandaskan sistem demokrasi berparlimen.
“Dewan yang mulia ini merupakan institusi perundangan yang tertua di Malaysia yang mengamalkan sistem swa-pemerintahan atau self-government, dengan berlandaskan sistem demokrasi berparlimen.
"Persidangan yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Umum dipengerusikan oleh Tuan Charles Brooke selaku Tuan Yang di-Pertua Majlis dan dianggotai oleh 21 ahli-ahli Majlis iaitu lima orang pegawai Inggeris dan 16 orang ahli Melayu dan Melanau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di istiadat Persidangan Khas Mesyuarat Ke-3 bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 bersempena dengan ulang tahun ke-150 Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Tambahnya lagi, sambutan ulangtahun ini juga adalah untuk mengingati dan menghargai sumbangan personaliti yang terlibat dalam pembentukan sistem perundangan negeri sarawak yang unik, tersendiri dan kontemporari.
Sempena sambutan ini juga, pihak DUN Sarawak telah melancarkan galeri yang memaparkan koleksi gambar-gambar bersejarah dun dari tahun 1867 sehingga kini.
Pelancaran galeri tersebut disempurnakan oleh Abdul Taib diiringi isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Openg.
Pameran ini juga akan dibuka kepada orang awam bertempat di ruang galeri DUN, serta dibuka mulai Isnin hingga Jumaat.
Shaibullah Sabeli
Wed Jan 31 2018
Abdul Taib diberikan penerangan oleh Speaker DUN Sarawak Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar (kanan) sewaktu melawat galeri pameran sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-150 DUN Sarawak di Kuching, hari ini. - BERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Aroma kopi Sarawak semerbak sejak 1876
Rajah Charles Brooke mengambil inisiatif membawa masuk kopi jenis Liberica untuk ditanam di Sarawak sepuluh tahun selepas itu iaitu pada 1876.
Cucu Rajah Brooke 'jatuh cinta' dengan Sarawak
Sebelum ini, hanya tahu tentang Sarawak daripada penceritaan neneknya, Sylvia Brooke iaitu isteri kepada Rajah Putih Sarawak terakhir Charles Brooke.
Dewan Undangan Negeri tertua di Malaysia
DUN Sarawak berusia 150 tahun pada tahun ini, menjadikan ia DUN tertua di Malaysia sejak persidangannya yang pertama diadakan pada 8 Sept 1867 di Bintulu.