Di mana Nurul Nazla?

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan Nurul Nazla diminta tampil menghubungi polis.
SHAH ALAM: Nurul Nazla Abdul Halim yang dilaporkan hilang selepas keluar dari Hospital Shah Alam, di sini pada Sabtu lalu masih lagi gagal dikesan.
Ringkasan AI
- Nurul Nazla Abdul Halim masih gagal dikesan selepas hilang dari Hospital Shah Alam pada Sabtu lalu; kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.
- Polis menerima laporan kehilangan pada jam 12.06 tengah malam Ahad; wanita tersebut terakhir dilihat memandu Proton X50 dan memberitahu suaminya tentang sekatan jalan raya sebelum hilang kontak.
- Orang awam diminta memberi maklumat berkaitan kehilangannya dengan menghubungi Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355 atau balai polis berhampiran.
Menurut Ramsay, polis menerima laporan kehilangan wanita itu pada jam 12.06 tengah malam, Ahad.
Nurul Nazla, 41, berketinggian kira-kira 165 sentimeter, dengan berat 92 kilogram, berkulit kuning langsat dan bertudung.
Difahamkan, wanita itu kali terakhir dilihat memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50.
Dalam perbualan terakhir bersama suaminya, dia memaklumkan terdapat sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan meminta suaminya mendoakan agar dia melepasi sekatan itu dengan selamat.
Bagaimanapun, selepas itu dia tidak lagi membalas mesej dan tidak menjawab panggilan telefon daripada ahli keluarga.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangannya diminta tampil membantu dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah status terkini Nurul Nazla Abdul Halim yang dilaporkan hilang dari Hospital Shah Alam? A: Nurul Nazla Abdul Halim masih gagal dikesan dan kesnya diklasifikasikan sebagai orang hilang.
- Q: Bagaimanakah interaksi terakhir Nurul Nazla dengan suaminya sebelum dilaporkan hilang? A: Nurul Nazla berhubung dengan suaminya melalui aplikasi WhatsApp pada pukul 3 petang sebelum dilaporkan hilang.
- Q: Apakah maklumat terkini berkaitan penampilan fizikal Nurul Nazla Abdul Halim? A: Nurul Nazla Abdul Halim berkulit kuning langsat, bertudung, berketinggian kira-kira 165 sentimeter, dengan berat 92 kilogram, dan terakhir dilihat memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50.
- Q: Apakah tindakan yang diminta orang ramai lakukan jika mempunyai maklumat berkaitan kehilangan Nurul Nazla? A: Orang ramai diminta membantu dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

