awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Dia boleh jadi sesiapa saja” - Azam Baki jawab persoalan siapa suspek skandal MBI Selangor

Khalis Khadir
Khalis Khadir
17/10/2024
06:15 MYT
“Dia boleh jadi sesiapa saja” - Azam Baki jawab persoalan siapa suspek skandal MBI Selangor
Azam menegaskan, SPRM tidak akan mendedahkan nama suspek yang terlibat dalam skandal rasuah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) selagi ia belum melalui proses pendakwaan di mahkamah. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mendedahkan nama suspek yang terlibat dalam skandal rasuah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Ringkasan AI
  • SPRM tidak akan mendedahkan nama suspek dalam skandal rasuah MBI sehingga pendakwaan di mahkamah.2, Ketua Pesuruhjaya SPRM menegaskan bahawa kes ini tiada motif politik dan meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi.
  • SPRM telah menggeledah beberapa safe house yang disyaki berkaitan dengan kes rasuah dan menemui mata wang asing bernilai lebih RM5 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, ia merupakan prosedur siasatan dan pendedahan kepada nama pelaku hanya boleh dimaklumkan selepas pendakwaan di mahkamah.
“Saya tidak mahu komen mengenai nama yang dipetik itu kerana ia boleh jadi sesiapa sahaja, kita tunggu sahaja siapa pelakunya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Bank-bank Komersial, di sini, pada Khamis.
Maklum balas itu bagi menjawab khabar angin di media sosial dan beberapa blog yang menamakan individu termasuk seorang bekas Menteri Besar terkait dalam kes rasuah MBI.
Dalam masa sama, Azam menegaskan kes yang sedang disiasat itu sama sekali tiada motif politik dan terpulang kepada orang ramai jika mahu terus membuat dakwaan sedemikian.
Mengulas sama ada projek berkenaan mempunyai kaitan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Azam berkata: "Setakat ini tiada."
SPRM sebelum ini menggeledah beberapa ‘safe house’ disyaki mempunyai kaitan dengan ahli politik berkait kes rasuah konsesi perlombongan pasir dan menemui sejumlah mata wang asing bernilai lebih RM5 juta dipercayai lokasi menyimpan hasil suapan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#MBI Selangor
#safe house
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan