SUBANG BESTARI: Pelakon, Diana Danielle memfailkan permohonan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Khamis.
Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, antara alasan tuntutan berkenaan dikemukakan ialah menyentuh isu tanggungjawab Farid selaku suami.
"Pihak kita memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Farid hari ini, namun terma-terma permohonan itu secara terperinci tidak boleh didedahkan,” kata peguam itu ketika ditemui selepas sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.
Dalam pada itu, Azmi berkata, susulan permohonan tuntutan nusyuz oleh Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, pada 6 April lalu, pihaknya telah memfailkan tuntutan balas pada prosiding yang sama.
Sementara itu, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid berkata, anak guam selaku plaintif tidak dapat hadir ke mahkamah kerana dijangkiti COVID-19.
"Status kesihatannya telah didaftarkan dalam MySejahtera namun ketidakhadirannya tidak akan mengganggu prosiding hari ini," katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes nusyuz yang difailkan Farid dengan dua pihak perlu memfailkan tuntutan balas termasuk jawapan kepada pembelaan masing-masing.
Tiga bulan lalu, Farid menegaskan tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya bukan berniat untuk memburukkan situasi tegang yang melanda rumah tangga mereka.
Sebaliknya Farid berkata, tuntutan tersebut dilakukan bagi menegakkan haknya sebagai seorang suami mengikut hukum Islam.
Sementara itu, semasa ditemui selepas prosiding selesai, Diana berkata, tuntutan nusyuz terhadap suaminya merupakan proses biasa bagi mana-mana pasangan yang sedang berdepan kemelut rumah tangga.
“Saya terima kerana bagi saya sesiapa boleh memfailkan apa yang mereka mahu tetapi kena diikuti dengan bukti dan fakta, jadi kita akan tunggu dan lihat,” katanya.
Pelakon filem Imaginur ini juga mengakui tidak mudah untuknya melalui fasa kemelut rumah tangga tetapi dia akan terus mempertahankan haknya selagi kes ini belum berakhir.
"Saya harap dapat keputusan terbaik dan berakhir dengan sesuatu yang aman.
"Saya tak mahu komen apa-apa tentang pihak sebelah sana, semoga sihat-sihat sahaja," kata pelakon itu selepas ditanya mengenai tahap kesihatan Farid selepas dilaporkan menghidap COVID-19.
Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil.
Pelakon filem itu membuat permohonan cerai atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut dan pasangan itu tidak lagi tinggal sebumbung.
Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 20 2023
Diana Danielle ditemani peguamnya, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis bagi memfailkan permohonan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, Farid Kamil. - Foto Sinar Harian
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan menegaskan persepsi bahawa Kerajaan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.
SKDS 2.0: Pantau pelaksanaan di Semenanjung terlebih dahulu
Armizan berkata masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung sebelum laksana di Sabah dan Sarawak.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Armizan berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Bursa Malaysia catat kenaikan selepas Google umum pelaburan di Malaysia
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini tetapi indeks utama naik selepas Google mengumumkan untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia.
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak
"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek."
Farid Kamil dedah bagaimana rasa cinta kembali berputik dengan Diana Danielle
Pasangan selebriti tersebut telah rujuk semula pada 31 Ogos 2023.
Farid, Diana sudah lebih 20 hari rujuk semula
"Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Pengalaman lalu telah mematangkan kami." - Farid Kamil
'Anak-anak doa agar kami tetap satu keluarga' - Diana Danielle ulas isu rujuk dengan Farid Kamil
Menurut Diana, dia sebolehnya mahu menyimpan hal yang baik untuk diri sendiri namun terharu selepas menerima pelbagai reaksi positif ramai apabila videonya bersama Farid tular di media sosial.
Ada 'kerabat' dampingi Diana Danielle? Ini komen empunya badan
Diana berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memanjangkan soal itu dan mahu fokus pada kerjaya dan anak-anaknya.
Diana Danielle jawab dakwaan ubah wajah
Diana Danielle memilih untuk tidak memberi sebarang justifikasi berhubung dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia mengubah hidung.
'Saya sentiasa diburu scammer...' - Diana Danielle
Diana Danielle berkata, pernah pada suatu masa beliau dan pihak pengurusannya hampir terjerat dengan perangkap scammer.
Diana Danielle dedah wajah teman yang tangannya dipegang ketika iddah
Diana, 32, menjawab spekulasi mengenai foto yang dikongsi di Instagram baru-baru ini.
'Tak rasa nak rujuk, tak mahu nak pujuk' - Farid Kamil reda, mula kehidupan baharu
Malah Farid berserah pada jodoh jika dia bertemu dengan pengganti suri hidupnya kelak.