awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dicekup bersama lebih 600g syabu, wanita berdepan hukuman gantung

Petrus Bernard
Petrus Bernard
25/11/2019
10:54 MYT
Dicekup bersama lebih 600g syabu, wanita berdepan hukuman gantung
Turut dirampas bersama wanita tersebut ialah dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota dan Ford Ranger, sebuah motokar jenis Proton Saga, Sebuah motorsikal dan dua unit televisyen LED. - Foto: PDRM
Seorang wanita warga Filipina berdepan hukuman gantung apabila dicekup dalam satu serbuan Op Damn Tokan yang dilancarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna di kampung Tagasan Semporna pada Ahad.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, wanita berumur 20 tahun itu dicekup bersama 615.61 gram dadah jenis syabu.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat dalam kenyataannya berkata turut dirampas bersama wanita tersebut ialah dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota dan Ford Ranger, sebuah motokar jenis Proton Saga, Sebuah motorsikal dan dua unit televisyen LED.
"Anggaran nilai dadah yang dirampas ialah RM30,780.50 dan nilai harta yang disita berjumlah RM209,900.00 yang menjadikan jumlah keseluruhan barang rampasan sebanyak RM240,680.50 ," katanya.
Mengulas lanjut, Sabarudin berkata wanita tersebut kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin untuk siasatan.
"Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#BSJN
#edar dadah
#jenayah narkotik
#Op damn tokan
#Semporna
#Syabu
#wanita filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan