awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dicekup selepas sejam lakukan samun

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2022
22:30 MYT
Dicekup selepas sejam lakukan samun
semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
JELEBU: Seorang lelaki yang menyamun sebuah stesen minyak di Simpang Durian di sini hanya sempat melarikan kira-kira satu jam apabila dia berjaya ditahan polis pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, kejadian jam 4.50 petang Ahad itu berlaku apabila suspek berusia 39 tahun mengacukan parang kepada mangsa yang bertugas sebagai juruwang di kaunter stesen minyak berkenaan.
"Oleh kerana takut, mangsa telah menyerahkan wang tunai hasil jualan lebih kurang RM200 sebelum suspek melarikan dengan sebuah kereta.
"Mangsa kemudiannya menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut. Suspek seterusnya berjaya ditahan di persimpangan Air Baning, Simpang Durian pada jam 5.50 petang hari yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Maslan berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
Katanya, polis merampas sebilah parang dan sabit yang disyaki digunakan semasa samun dan turut menemui semula wang yang dilarikan.
"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 21 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samun
#Maslan Udin
#parang
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan