awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diculik, dipukul kerana gagal bayar hutang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/01/2022
07:04 MYT
Diculik, dipukul kerana gagal bayar hutang
Mohamad Farouk Eshak memberitahu, kesemua suspek kini direman empat hari bermula Rabu. - Gambar fail/BERNAMA
AMPANG JAYA: Gara-gara gagal membayar hutang, seorang lelaki warga asing diculik dan dipukul kenalannya, dua hari lalu.
Ketua Polis Dearah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan daripada isteri mangsa, seorang tukang cuci yang menyatakan menerima panggilan daripada suaminya, berusia 43 tahun yang dipercayai diculik beberapa lelaki warga asing dan dikurung di Shah Alam.
Dalam perbualan itu, katanya, mangsa meminta isterinya untuk membayar RM5,000 sebagai wang tebusan sebagai syarat untuk dibebaskan.
Bertindak atas laporan itu, beliau memberitahu, polis menahan tiga lelaki termasuk dua lelaki tempatan berusia 26 hingga 40 tahun berhampiran sebuah restoran di Taman Cempaka, di sini.
"Dengan penahanan ini, kita berjaya menyelamatkan mangsa dan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan di muka, dipercayai dipukul.
"Berdasarkan keterangan, mangsa mengenali suspek kerana pernah berurusan sebelum ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Mangulas lanjut, Mohamad Farouk memberitahu, kesemua suspek kini direman empat hari bermula Rabu.
Katanya, siasatan ke atas mereka dilakukan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara lelaki warga asing yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri pula akan turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) (C) Akta Imgresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh dikenakan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan.
Semakan rekod lampau ke atas suspek juga katanya, mendapati hanya seorang lelaki tempatan mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah dan telah dijatuhkan hukuman.
"Hasil saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek bebas dari penyalahgunaan dadah," katanya.
Menurutnya, polis masih memburu suspek yang masih bebas.
Topic Berkaitan
#Ampang Jaya
#penjara
#warga asing
#culik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan