Kuala Lumpur: Tujuh Ahli Parlimen serta dua aktivis membuat laporan polis terhadap Menteri Kesihatan serta menteri berkaitan yang dakwa mereka cuai dan gagal sehingga menyebabkan kes COVID-19 dalam negara sukar dikawal.
Dalam satu sidang media yang dilakukan di Balai Polis Pantai pada Ahad, mereka menuntut pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap kuasa eksekutif ini atas kecuaian mengendalikan kes COVID-19.
Kesemua Ahli Parlimen itu termasuk Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.
Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.
Sementara dua aktivis yang juga membuat laporan berkenaan ialah Datin Paduka Marina Mahathir serta Datuk Ambiga Sreenevasan.
"Laporan ini dibuat kepada kuasa eksekutif iaitu Menteri Kesihatan dan menteri berkaitan, bukan kepada petugas barisan hadapan.
"Kami harapkan PDRM akan siasat perkara ini," kata Hannah dalam sidang media yang dibuat menerusi laman Facebooknya.
Dakwa mereka, antara isu kecuaian yang dilakukan adalah berhubung usaha untuk mengendalikan kes COVID-19 dalam negara merangkumi ujian saringan dan kenal pasti kontak rapat.
"Antara masalah timbul ialah jumlah saringan serta kenal pasti kontak rapat tidak sempurna menyebabkan penularan semakin besar dalam komuniti.
"Kita kesan kerana apa yang didakwa kerajaan negeri wujud kegagalan berkongsi data yang sukarkan kerajaan negeri dan Ahli Parlimen untuk kenal pasti kawasan panas untuk kurangkan wabak," jelas Fahmi pula.
Turut diberi perhatian oleh mereka juga ialah isu jumlah vaksinasi di Sabah yang rendah serta tiada penyelarasan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat negeri dan Persekutuan.
Bagi Marina pula, pemimpin juga gagal untuk mengikuti polisi kesihatan awam.
"Tahun lalu kita boleh bangga kerana berjaya tangani dengan baik tapi kini kita malu kerana kita tidak boleh tangani.
"Ini kerana pemimpin tidak ikut polisi kesihatan awam dengan betul dan tidak mendengar nasihat pakar kesihatan untuk tangani wabak," tegas Marina.
Laporan dibuat berdasarkan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan.
Hafizi Rosli
Sun Jul 25 2021
Tujuh Ahli Parlimen serta dua aktivis membuat laporan polis terhadap Menteri Kesihatan serta menteri berkaitan yang dakwa mereka cuai dan gagal sehingga menyebabkan kes COVID-19 dalam negara sukar dikawal. - Foto FAHMI FADZIL
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.