KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon maaf tanpa syarat berhubung video berbaur fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.
Tetuan SN Nair & Partners, yang mewakili Anwar, 75, menghantar notis tuntutan itu hari ini.
Menurut Datuk SN Nair, anak guamnya menuntut Muhyiddin menarik balik video ucapan semasa ceramah Grand Finale PN Padang Serai mengenai Anwar di aplikasi TikTok di bawah nama @beritakini8, perkataan-perkataan memfitnah selain memadam atau menarik balik segala komen yang menyinggung perasaan dan bersifat fitnah.
Beliau berkata Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menuntut aku janji bertulis daripada Muhyiddin untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam video tersebut selain ganti rugi.
"Sekiranya anak guam saya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memohon suatu perintah injunksi dan meneruskan tindakan perundangan terhadap Tan Sri Muhyiddin," katanya.
Notis tuntutan itu mendakwa pada 5 Dis lepas, Muhyiddin mengungkap atau menyebabkan penerbitan video tersebut yang telah mendapat tontonan lebih 1,100,000 kali, lebih 6,061 komen, melebihi 21,400 butang 'like', lebih 1,360 kali butang 'favourite' dan 2,169 kali perkongsian setakat tarikh notis berkenaan.
Peguam itu berkata video tersebut dibuat dengan niat jahat terhadap anak guamnya, tidak benar dan terdapat penyelewengan fakta yang menunjukkan ketidakwajaran moral serta undang-undang selain untuk mencari publisiti murahan bagi tujuan politik serta manfaat proses pemilihan dalam usaha memenangi undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai.
Nair berkata video dan kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, licik dan menggunakan taktik kotor selain tidak beretika serta mengkhianati mandat rakyat.
Katanya keseluruhan video dan perkataan memfitnah itu telah disangkal oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Juwairiya Zulkifli melalui kenyataan media hari ini menerusi akaun Facebook beliau atas nama 'Juwairiya Zulkifli' dan ia dipetik dalam artikel Free Malaysia Today bertajuk Anwar hanya terima RM1 jadi penasihat ekonomi Selangor.
Nair ketika dihubungi mengesahkan telah menghantar notis tuntutan itu kepada Muhyiddin melalui serahan tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Anwar juga menuntut aku janji bertulis daripada Muhyiddin untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam video tersebut selain ganti rugi. - Gambar fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.