awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dinding hotel di Bukit Tinggi runtuh, 2 cedera dan 90 penghuni dipindah

Bernama
Bernama
17/02/2018
06:42 MYT
Dinding hotel di Bukit Tinggi runtuh, 2 cedera dan 90 penghuni dipindah
Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu juga menyebabkan seorang lelaki warga emas dan seorang kanak-kanak lelaki cedera akibat terkena serpihan batu. - Foto Ihsan Bomba
Seramai 90 penghuni sebuah hotel di Bukit Tinggi Bentong dekat sini, terpaksa berpindah pada awal pagi tadi selepas sebahagian dinding hotel berkenaan runtuh.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata kejadian pada pukul 2 pagi itu juga menyebabkan seorang lelaki warga emas dan seorang kanak-kanak lelaki cedera akibat terkena serpihan batu.
"Runtuhan melibatkan aras satu blok H hotel itu, kira-kira 84 meter persegi dan semasa kejadian semua penghuni hotel itu sedang tidur.
"Bomba telah mengarahkan supaya pengurusan hotel memindahkan semua penghuni di blok terbabit sebagai langkah keselamatan.
"Blok itu juga telah diarahkan ditutup sementara untuk pemeriksaan, sehingga ia disahkan selamat untuk didiami," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Sani menambah mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.
Beliau berkata operasi yang turut disertai pasukan Polis Diraja Malaysia itu ditamatkan pada pukul 4.20 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#dinding runtuh
#Hospital
#hotel
#mangsa
#Pahang
#polis
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan