KUCHING: Terpedaya dengan godaan wanita seksi, sehingga sanggup melakukan adegan lucah secara atas talian, beberapa lelaki berusia 18 hingga 47 tahun di Sarawak terpaksa menanggung kerugian sehingga lebih RM136,000.
Modus operandi sindiket ini adalah dengan menghubungi mangsa melalui media sosial dan menyamar sebagai wanita seksi yang menyasarkan mangsa dalam kalangan lelaki.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Datuk Mancha Ata berkata sindiket akan membuat panggilan video dan mempamerkan aksi lucah sebelum memperdayakan mangsa untuk melakukan adegan yang sama.
“Sindiket akan merakam aksi tersebut tanpa disedari dan mengugut mangsa dengan menyebarkan rakaman tersebut.
“Mangsa akan dipaksa melakukan pembayaran sejumlah wang ke dalam akaun bank yang juga merupakan akaun milik pihak ketiga yang digunakan sindiket,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, sepanjang tahun 2021 sehingga tempoh semasa tahun 2022, pihak polis kontinjen Sarawak telah menerima sebanyak 35 laporan polis berhubung kes yang serupa.
“Kesan daripada kejadian ini mangsa mengalami tekanan perasaan dan malu kerana maruah diri yang tercalar akibat ugutan dan penyebaran gambar serta video telanjang selain kerugian wang ringgit.
“Sehingga kini terdapat empat kes berjaya diselesaikan melalui Op Bugil Jabatan Siasaran Jenayah Kontinjen Sarawak dengan tangkapan seramai enam suspek dan merampas barang yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut,” terangnya lanjut.
Kes disiasat di bawah seksyen 384 dan 506 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara boleh mencapai tempoh 10 tahun, atau denda, atau sebatan atau kedua-duanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed May 11 2022
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Datuk Mancha Ata berkata sindiket akan merakam aksi lucah mangsa tanpa disedari dan mengugut mangsa dengan menyebarkan rakaman berkenaan. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Diperdaya wanita seksi buat aksi lucah, beberapa lelaki di Sarawak rugi RM136,000
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Datuk Mancha Ata berkata sindiket akan membuat panggilan video dan mempamerkan aksi lucah sebelum memperdayakan mangsa untuk melakukan adegan yang sama.