awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diperkenalkan, Exige S Auto Roadster. 0-100km/j dalam 3.8 saat!

Astro Publication
Astro Publication
05/08/2015
06:35 MYT
Diperkenalkan, Exige S Auto Roadster. 0-100km/j dalam 3.8 saat!
Semalam, Lotus Cars Malaysia mengesahkan yang mereka sudah mengambil tempahan bagi model Exige S Automatic Roadster. Dengan enjin 3.5-liter V6 dan pengecas lampau (supercharger), ia memecut 0 hingga 100km/j dalam masa 3.8 saat.
Sehubungan itu, Lotus Cars Malaysia sedang menganjurkan jerayawara (roadshow) di pusat membeli belah Gardens, Kuala Lumpur dari hari ini (5 Ogos) sehingga 9 Ogos 2015. Selain dapat melihat sendiri model Lotus Elise S Automatic Roadster di jerayawara ini, ada juga model Evora S Sport Racer dan Elise 220 Cup. Pembelian mana-mana model ketika acara ini akan mendapat jaminan tiga tahun untuk kereta Lotus mereka, termasuk dua tahun servis percuma. Turut disertakan adalah insurans, cukai kenderaan, keahlian Lotus Owners Club Members (LOCM), dan juga pengalaman menyertai Akademi Memandu Lotus.
Di samping itu, serentak dengan kempen pemasaran GREAT Britain yang dimulakan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Lotus Cars Malaysia telah memperkenalkan Lotus Elise GREAT Britain edisi khas yang dijual pada harga RM254,888.
Elise edisi khas ini bermula daripada model khas Elise ulangtahun ke-20 yang dilengkapkan dengan ‘Sport Pack’ sebagai standard. Pakej ini merangkumi pemasangan aloi ringan, konsol tengah lebih ringan, kerusi lebih ringan (dibalut fabrik) dan penyerap hentak Bilstein. Fungsi mod ‘Sport’ juga ada, untuk memberi tindak balas enjin lebih pantas serta mengubah talaan ‘traction control’. Berat kereta ini hanya 924kg.
Tepi badan kereta ini juga dibalut motif bendera Union Jack manakala bumbung adalah jenis fabrik.
Tiga pembeli pertama juga akan mendapat ‘Touring Pack’ di mana kedua-dua kerusi akan dibalut kemasan kulit berwarna hitam.
Topic Berkaitan
# Elise
# Exige
#lotus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan