awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diplomat Arab di KL terus bersolidariti bersama penduduk Palestin, hargai sokongan Malaysia

Bernama
Bernama
07/11/2023
00:45 MYT
Diplomat Arab di KL terus bersolidariti bersama penduduk Palestin, hargai sokongan Malaysia
Majlis Duta Arab di Kuala Lumpur diberi taklimat oleh Duta Palestin ke Malaysia mengenai perkembangan di Semenanjung Gaza dan kawasan lain yang terdedah kepada pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis. - Foto Yemen Embassy Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Majlis Duta Arab di Kuala Lumpur pada mesyuaratnya terus mengulangi solidariti untuk rakyat Palestin, selain berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan terhadap perjuangan Palestin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Yaman di sini semalam, majlis itu turut menggesa gencatan senjata yang berkekalan, mewujudkan koridor kemanusiaan yang selamat dan menghentikan serangan dan pencabulan oleh tentera penceroboh terhadap penduduk Palestin.
Majlis itu berkata usaha segera dan kolektif mesti dilaksanakan untuk menyelesaikan konflik dan melaksanakan penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan, supaya sebuah negara Palestin yang merdeka dapat diwujudkan berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara.
Selain itu, majlis berkenaan turut menghargai pendirian Malaysia dalam menyokong perjuangan Palestin dan simpati serta sokongan yang ditunjukkan dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Majlis Duta Arab di Kuala Lumpur turut diberi taklimat oleh Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali mengenai perkembangan di Semenanjung Gaza dan kawasan lain yang terdedah kepada kemusnahan dan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Majlis Duta Arab di Kuala Lumpur
#kedutaan Yaman
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan