awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditahan kali kedua ingkar PKP, beri alasan mahu selamatkan ikan kelisa

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/04/2020
03:23 MYT
Ditahan kali kedua ingkar PKP, beri alasan mahu selamatkan ikan kelisa
Lelaki berusia 51 tahun ini ditahan bersama adiknya dan memberi alasan terpaksa keluar rumah untuk menyelamatkan ikan kelisa peliharaan yang hampir mati. - Gambar Astro AWANI
Tidak serik biarpun pernah ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama, seorang lelaki ditahan untuk kali kedua malam tadi di lokasi sama di Jalan Datuk Kumbar, di sino.
Lelaki berusia 51 tahun itu ditahan bersama adik lelakinya yang berusia 45 tahun, ketika menaiki sebuah kereta, jam 10 malam, tanpa sebarang dokumen atau alasan munasabah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, ketika ditahan, lelaki itu memberi alasan terpaksa keluar untuk membantu adiknya menyelamatkan ikan kelisa peliharaan yang hampir mati.
"Lelaki ini merupakan antara lapan individu yang ditahan dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan di Jalan Datuk Kumbar," kata Mohd Rozi.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 17 dan 51 tahun, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.
Penahanan dibuat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#ikan
#ingkar PKP
#kedua
#kelisa
#Mohd Rozi Jidin
#PKP
#polis
#serik
#Tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan