PELAKON dan pengarah Datuk Fizz Fairuz menafikan filem Mat Tudung Begins terbitan dan arahannya ada mempromosikan golongan LGBT atau ‘pondan’ sehingga mendapat teguran daripada seorang pendakwah yang menyifatkan ia bercanggah dengan hukum syarak.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, menjelaskan babak dalam filemnya yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu hanya satu proses penyamaran sesuai dengan jalan cerita yang ditampilkan.
“Bergantung kepada niat. Jika niat saya mahu buat cerita ‘memondan’, begitulah jadinya. Kalau ia penyamaran, maka penyamaranlah jadinya.
“Di dalam cerita ini hanya beberapa babak sahaja saya bertudung, tak lebih 10 babak dan ia hanyalah sebuah penyamaran yang mempunyai unsur nasihat.
“Apa-apa pun saya kena terima apa sahaja kritikan orang. Pendakwah itu memberi pandangan daripada sudut agama, tapi saya bukan hari-hari ‘memondan’ dan pakai tudung',” katanya kepada Astro Gempak.
Fizz berkata demikian sebagai respons balas kepada teguran seorang pendakwah yang menyifatkannya ketandusan idea sehingga menghasilkan filem yang bercanggah dengan hukum syarak.
Mat Tudung Begins merupakan filem prekuel untuk filem Mat Tudung yang pernah diterbitkan pada tahun 2014.
Menurut Fizz, dia menunggu selama sembilan tahun untuk menghasilkan filem arahan pertamanya itu dan berharap ia dapat meraih kutipan mencecah hingga RM10 juta.
“Saya memang bawa kelainan dalam filem ini. Saya buat kajian, tanya orang dan tonton cerita apa yang penonton Malaysia mahukan selain Mat Kilau.
“Cerita ini saya hasilkan buat mereka yang mahukan hiburan. Ketika Mat Tudung ditayangkan pada 2014, saya dan barisan pelakon yang membintangi filem itu pun belum popular.
“Kini, dengan kuasa media sosial, saya percaya filem ini akan berhasil paling sikit (kutipan) RM10 juta,” ujarnya.
Mat Tudung Begins yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 3 ogos ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Johari yang bekerja di sebuah hotel. Dia dan rakan sekerjanya cuba memberi perkhidmatan terbaik kepada juri The Forbest yang bakal memberi penilaian kepada hotel mereka.
Selain Fizz sendiri pelakon lain yang membintangi Mat Tudung Begins adalah seperti Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi dan pempengaruh Indonesia, Mimi Peri. -Gempak
Gempak
Mon Jul 31 2023
Fizz menjelaskan babak dalam filemnya yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu adalah hanya satu proses penyamaran sesuai dengan jalan cerita yang ditampilkan. -Gempak
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.
Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Saksi tidak bersetuju malukan Ebit Lew
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu bahawa beliau tidak memalukan tertuduh dengan melakukan ekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah tersebut.
Pendakwah jangan ulas isu ikut sentimen politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pendakwah supaya tidak terburu-buru dan mengikut sentimen politik dalam mengupas sesuatu perkara atau isu.
Ditegur pendakwah, Fizz Fairuz nafi filem 'Mat Tudung Begins' cerita tentang pondan
Fizz menjelaskan babak dalam filemnya yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu hanya satu proses penyamaran sesuai dengan jalan cerita yang ditampilkan.
PM mahu program selawat diadakan di seluruh negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu program memperingati Rasulullah SAW seperti Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang diadakan di Selangor diteruskan ke seluruh pelosok negara.
936 gambar tangkap layar sejarah layari laman sesawang lucah dalam telefon bimbit - Saksi
Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz, 43, berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.
Berketurunan Maghribi, siapa Essam Muhammad, suami Mizz Nina?
Nina memaklumkan yang dia telah bernikah dengan Essam pada suku kedua 2023 dan merancang untuk mengadakan resepsi perkahwinan di Malaysia.
Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran - Pemangku Raja Perlis
Sebagai umat Islam kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam sesama umat manusia, titah baginda.
250 pendakwah terpilih sertai Du'at Al-Falah
Seramai 250 pendakwah terpilih menyertai Du'at Al-Falah iaitu sebuah gabungan pendakwah yang berperanan membimbing kefahaman masyarakat tentang teras pembinaan Malaysia MADANI.