Kerana diabetis, seorang bapa disisihkan ahli keluarganya sendiri.
Gunasekar Marimuthu, 46, berkata kaki kirinya terpaksa dipotong pada 2013 dan dibiar sendirian oleh isterinya yang nekad menghilangkan diri dengan membawa bersama dua anak mereka.
Menurutnya, dia kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat jagaan orang-orang tua di Rawang, Selangor pada 2015 kerana tiada siapa lagi yang ada untuk menjaga keperluan hariannya.
"Saya berasal dari Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Selepas setahun saya ditempatkan di pusat jagaan orang tua itu saya berusaha dan meminta bantuan adik beradik untuk pulang.
"Saya kemudiannya dengan rela hati tinggal di Pusat Kanak Kanak Terencat Akal di Padang Midin dua tahun lalu kerana tidak mahu menyusahkan adik beradik saya," katanya kepada Sinar Harian.
Gunasekar ditemui di Pusat Kanak Kanak Terencat Akal di Padang Midin itu berkata, sangat memeritkan apabila terpaksa berpisah dengan anak-anak terutama anak bongsunya berusia 7 tahun.
“Sejak masuk ke sini saya tidak pernah bertemu anak-anak, bagaimana keadaan mereka saya tidak tahu. Bapa mana tidak rindukan anak tetapi saya terpaksa berpura-pura melupakan mereka.
"Kali terakhir saya melihat anak bongsu saya itu ketika dia berusia 2 tahun. Walaupun rindukan anak, saya tetap rasa bersalah dan celaru jika mereka datang untuk berjumpa saya," katanya.
Kerinduan Gunasekar terhadap anaknya sedikit terubat apabila melihat telatah anak-anak istimewa ditempatkan di pusat terencat akal itu selain berkongsi pengalaman bersama rakan senasib.
Seramai 23 penghuni ditempatkan di Pusat Kanak Kanak Terencat Akal di Padang Midin termasuk golongan dewasa yang kurang upaya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India.
Apabila ditanya mengapa keluarga sendiri sanggup mengabaikannya, dia menjelaskan mungkin kerana dia beristeri dua dan ada sikap negatif dilakukan pada masa dahulu terhadap keluarganya.
Sinar Harian
Sun Nov 11 2018
Kerinduan Gunasekar (kanan) terhadap anaknya sedikit terubat apabila melihat telatah anak anak istimewa di pusat terencat akal itu. -Foto Sinar Harian
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Gula berlebihan: Ancaman terhadap fungsi buah pinggang yang semakin membimbangkan
Kira-kira 3.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik dengan 80 hingga 85 peratus kes dikaitkan dengan diabetes atau hipertensi.
KKM, IMU lancar SeDia Cohort Study kaji faktor diabetis dan komplikasinya
KKM dan IMU lancar "SeDia Cohort Study", kajian kohort berskala besar mengenai diabetes untuk mengkaji kesemua faktor terlibat dalam penyakit kencing manis serta komplikasi dialami pesakit.
Serangan jantung: Golongan muda perlu segera ubah gaya hidup - Pakar
Golongan muda dinasihatkan mengawal gaya hidup dengan pemakanan sihat, mengurangkan risiko diabetis, kerap bersenam dan tidak merokok untuk menjauhi serangan sakit jantung.
Salah pilih makanan punca rakyat terdedah diabetis - Perdim
Pemilihan makanan yang salah menjadi punca ramai rakyat negara ini terdedah kepada masalah kesihatan kronik seperti diabetes walaupun di usia muda.
Ditinggal isteri selepas kaki dipotong
Kaki kiri Gunasekar terpaksa dipotong pada 2013 dan dibiar sendirian oleh isterinya yang nekad menghilangkan diri dengan membawa bersama dua anak mereka.
Pemuda menderita diabetes kronik rayu bantuan
Berat badan seorang pemuda menyusut daripada 105kg ke 37kg selepas disahkan menghidap penyakit diabetes kronik.
Pesakit belanja RM1 bilion setahun untuk kos rawatan diabetis
Kira-kira 2.6 juta pesakit diabetis negara ini membelanjakan hampir RM1 bilion setahun untuk kos rawatan pesakit mereka.
Kenapa perlu tidur awal?
Kajian awal mendapati kurangnya masa tidur dapat meningkatkan berat badan dan pengambilan makanan ringan meskipun ianya memberi kesan kepada kesihatan.
Berjalan selepas setiap hidangan boleh mengelakkan risiko diabetis: kajian
Sekiranya anda berisiko untuk memperoleh diabetis jenis 2, satu kajian mencadangkan untuk berjalan selama 15 minit selepas setiap hidangan untuk mencegah "peningkatan berisiko" kandungan gula.