awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditolak dari tangga asrama, pelajar terima jahitan bawah mata

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2023
09:10 MYT
Ditolak dari tangga asrama, pelajar terima jahitan bawah mata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, mangsa ditolak jatuh dari tangga asrama institusi tersebut pada jam 11 malam, 25 Mei lalu.- Fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah institusi pendidikan menengah di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Balik Pulau menerima beberapa jahitan di bahagian muka selepas ditolak oleh rakan sekelasnya.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, mangsa ditolak jatuh dari tangga asrama institusi tersebut pada jam 11 malam, 25 Mei lalu.
Menurutnya, selepas kejadian, mangsa dikejarkan ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk menerima rawatan.
"Mangsa ditolak rakan sekelasnya lalu terjatuh dari tangga dan terkena pada dinding. Akibat daripada itu, mangsa mengalami koyak di bawah mata kanan dan luka di hidung.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke HBP untuk diberikan rawatan sebagai pesakit luar. Bagaimanapun, dia dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut untuk memastikan tiada kecederaan dalaman," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Isnin.
Kok Chin berkata, mangsa kini dilaporkan stabil dan siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.
"Kita masih menyiasat punca kedua-dua pelajar itu berselisih faham.
"Suspek telah ditahan untuk diambil keterangan namun dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan harinya," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ditolak rakan sekelas
#MARA
#Ketua Polis Pulau Pinang
#Khaw Kok Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan