awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dividen tinggi, indikator KWSP tunai fungsinya dengan baik - UNI-MLC

Bernama
Bernama
02/03/2025
10:16 MYT
Dividen tinggi, indikator KWSP tunai fungsinya dengan baik - UNI-MLC
Mohamed Shafie berkata UNI-MLC juga yakin berita baik ini juga akan menggalakkan caruman atau simpanan secara sukarela. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pengumuman kadar dividen tinggi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2024 adalah indikator bahawa institusi itu berjaya menunaikan fungsinya dengan baik dan efektif sebagai 'nadi' simpanan usia tua atau selepas bersara negara.
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata kadar pulangan dividen tertinggi diberikan sejak 2017 itu juga menunjukkan ia mampu menjana pulangan lebih baik berbanding platform simpanan lain, termasuk bank.
"Sebagai badan mewakili pekerja dan dianggotai lebih 100 kesatuan sekerja, UNIMLC melihat peningkatan kadar dividen ini akan meningkatkan keyakinan pencarum terhadap KWSP sebagai badan pengurus simpanan para pekerja di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.
Mohamed Shafie berkata UNI-MLC juga yakin berita baik ini juga akan menggalakkan caruman atau simpanan secara sukarela.
"UNI-MLC yakin dan percaya, KWSP akan terus mempertingkatkan daya pelaburannya untuk menjana pulangan lebih baik demi manfaat dan kepentingan para pencarum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar dividen KWSP
#Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia
#berjaya menunaikan fungsinya
#Mohamed Shafie BP Mammal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan