awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DKD Industri Muzik buka peluang hasil karya berkualiti tinggi

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
17/03/2023
01:40 MYT
DKD Industri Muzik buka peluang hasil karya berkualiti tinggi
KKD buat julung kalinya menganjurkan sesi dialog awam industri muzik yang disertai lebih 500 orang pemain dan penggiat industri muzik di Kuala Lumpur Performing Arts Centre. - Foto Facebook/Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR : Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik akan dibuka mulai 23 Mac ini.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menerusi perkongsiannya di Facebook memaklumkan, beliau yakin bahawa DKD akan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni untuk menghasilkan karya berkualiti tinggi.
"Saya percaya DKD ini akan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni pasca pandemik COVID-19 untuk menghasilkan karya kreatif berkualiti tinggi yang mampu bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan, malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.
"KKD akan terus membangun ekosistem yang kondusif bagi memacu industri kreatif negara ke tahap yang lebih tinggi," ujarnya.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan www.mycreative.com.my/dkd.
Pada Khamis, KKD buat julung kalinya menganjurkan sesi dialog awam industri muzik yang disertai lebih 500 orang pemain dan penggiat industri muzik di Kuala Lumpur Performing Arts Centre.
Dialog awam ini merupakan langkah permulaan bagi menghimpunkan pihak berkepentingan daripada pelbagai peringkat industri untuk mengenal pasti dan membincangkan inisiatif-inisiatif yang berpotensi dalam memajukan industri muzik negara serta menyelesaikan isu berkaitan.
Pemain industri yang turut serta pada sesi ini terdiri daripada para artis, penerbit, pengurus, wakil syarikat rakaman, wakil perkhidmatan penstriman muzik, serta penganjur acara dari seluruh negara.
Seramai 13 penerima telah diberi Surat Setuju Terima Dana Persembahan Muzik di bawah inisiatif DKD Industri Muzik Tahun 2022 yang berjumlah RM3.3 juta.
Selain itu, tiga Badan Pelesenan iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performances Malaysia (RPM) Berhad turut menerima Pembayaran Skim Pelesenan Hak Cipta Penggunaan Muzik daripada Kerajaan yang berjumlah RM2.18 juta.
Fahmi dalam satu kenyataan pada Jumaat menyatakan tekad membina ekosistem yang kondusif bagi memayungi industri kreatif.
Kerjasama berterusan dengan pemain dan penggiat industri muzik adalah amat signifikan dalam usaha memacu industri kreatif negara ke tahap yang lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Fahmi Fadzil
#Dana Kandungan Digital
#penggiat seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan