awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
MALAYSIA
Eksekutif akaun rugi lebih RM100,000 terperdaya sindiket penipuan telefon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

DMZ Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan terima tambahan 100 katil

Eton Khir
Eton Khir
14/07/2021
14:00 MYT
DMZ Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan terima tambahan 100 katil
Ruang parkir itu yang direka khas semasa awal pembinaan bagi dijadikan DMZ untuk menghadapi kes bencana kimia dan biologi, diaktifkan bagi pesakit COVID-19, bermula 9 Julai. - Gambar/ Facebook Cik Atiqa
KUALA LUMPUR: Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di parkir bawah tanah Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan akan menerima tambahan 100 lagi katil bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga.
Ketua Unit Kawalan Jangkitan hospital berkenaan, Dr Sharifah Azlin Juliana Syed Zainal, berkata sebelum ini sebanyak 50 katil disediakan untuk pesakit kategori empat dan lima.
"Buat masa ini, DMZ ini kita buka terbahagi kepada dua kawasan. Untuk yang pertama kita buka kepada 50 katil untuk pesakit COVID kategori empat dan lima.
"Bermula Khamis (esok) dijangka akan ada pertambahan sebanyak 100 buah katil bagi kategori tiga secara berperingkat," katanya.
BACA: COVID-19: Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan aktifkan Zon Pengurusan Bencana di kawasan parkir khas
COVID-19 | Hospital Tuanku Mizan sedia terima pesakit
Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan kipas angin daripada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Jalinan Nasional (SARJANA), Datuk Khaidhirah Abu Zahar, di hospital itu, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, mengumumkan ruang parkir di hospital itu yang direka khas semasa awal pembinaan bagi dijadikan DMZ untuk menghadapi kes bencana kimia dan biologi, diaktifkan bagi pesakit COVID-19, bermula 9 Julai.
Beliau dilaporkan berkata, DMZ itu sudah bersedia menerima pesakit COVID-19 tahap empat dan lima dari Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#DMZ
#HAT
#Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan
#Zon Pengurusan Bencana
#parkir bawah tanah
#bencana kimia
#biologi
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami