Ujian DNA yang dijalankan terhadap spesimen tulang yang ditemukan pada kebakaran besar Sungai Lembing pada 31 Ogos lalu mengesahkan ia adalah mayat wanita warga emas yang dipercayai terperangkap dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata keputusan daripada Jabatan Kimia Petaling Jaya yang diperoleh semalam, mengesahkan mayat itu adalah Chow Kim Mui, 70, dengan ketepatan 99 peratus dengan anak lelakinya, Ho Chai Fei, 30 tahun.
"Keputusan DNA juga mengesahkan bahawa mayat itu hanya seorang, dan bukan berdua seperti yang dipercayai memandangkan mayat suami mangsa, Ho Yuk Fun masih belum ditemui selepas kebakaran menyebabkan kita berpandangan terdapat kemungkinan mangsa berpelukan.
"Bagaimanapun, bomba ada menyerahkan serpihan tulang yang ditemui pada 2 Sept lalu selepas mereka membersihkan kawasan rumah mangsa dan kita akan menghantar tulang itu untuk ujian DNA selanjutnya," katanya kepada Bernama di sini, pada Sabtu.
Abd Jalil ditemui selepas mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menziarah mangsa di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Lembing di sini, hari ini.
Serpihan tulang yang baharu ditemui itu, difahamkan masih dalam analisis pakar tulang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sebelum dapat dihantar ke Jabatan Kimia.
Pada kejadian 1.30 pagi 31 Ogos lalu, Ho, 74, dan Chow dipercayai maut akibat terperangkap dalam kebakaran yang keseluruhannya memusnahkan 32 bangunan terdiri daripada 20 rumah dua tingkat, 11 unit rumah setingkat dan sebuah perpustakaan.
Bagaimanapun, bomba hanya menemukan satu mayat dalam keadaan rentung pada 6 pagi hari yang sama, yang dipercayai mayat wanita berdasarkan barang perhiasan yang ada sebelum bomba menamatkan pencarian mayat kedua pada 3.15 petang 1 Sept ekoran tiada petunjuk baharu.
Sebelum itu, operasi mencari mayat lelaki warga emas yang mengusahakan kedai makan di situ turut menggunakan unit anjing pengesan, menyebabkan bomba menyerahkan siasatan kepada polis atas kapasiti orang hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 14 2019
GAMBAR FAIL: Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan siasatan di lokasi kejadian kebakaran besar di Sungai Lembing. - BERNAMA
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Agong berkenan ziarah mangsa kebakaran di Sungai Lembing
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa kebakaran di Sungai Lembing di sini, pada Ahad.
DNA sah mayat wanita dari serpihan tulang ditemukan
Ujian DNA yang dijalankan terhadap spesimen tulang yang ditemukan pada kebakaran besar Sungai Lembing pada 31 Ogos lalu mengesahkan ia adalah mayat wanita warga emas yang dipercayai terperangkap dalam