awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doakan Hulu Langat, usaha menyelamat sedang giat dijalankan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/12/2021
04:17 MYT
Doakan Hulu Langat, usaha menyelamat sedang giat dijalankan
Jalan masuk ke Kampung Sungai Serai dan Taman Sri Nanding yang terputus ekoran limpahan air banjir yang melanda kawasan Hulu Langat, Selangor. - Gambar Astro AWANI
HULU LANGAT: Pasukan penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkata Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang giat melakukan usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di sekitar kawasan Hulu Langat.
Antara kawasan yang teruk terjejas seperti yang tular di media sosial adalah Kampung Sungai Serai, Taman Sri Nanding dan persekitaran.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi mendapati, penduduk tempatan mula memenuhi kawasan tersebut kerana ada anggota keluarga, saudara dan sahabat mereka masih terperangkap.
Terdapat empat ke lima bot yang sejak dari tadi digerakkan untuk menyelamatkan mangsa dan empat ambulans juga dilihat sentiasa bersedia untuk membawa mangsa.
Beberapa mangsa dilihat berjaya diselamatkan dan mereka terdiri daripada golongan warga emas, dewasa bahkan remaja dan kanak-kanak juga ada yang terperangkap.
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Saripah berkata, dia bimbang dengan keadaan pak ciknya yang masih terperangkap.
"Dari semalam dia terperangkap. Risau jugalah bila hubungi dia tadi. Dia kata keadaan sangat sejuk, lapar juga sebab makanan dah tiada.
"Air pun naik sampai ke paras bumbung. Jadi memang dia terperangkap. Hanya tunggu anggota bertugas selamatkan mereka," katanya kepada Astro AWANI.
Kru Astro AWANI hanya dibenarkan berada di luar, tidak dibenarkan masuk ke dalam kerana keadaan masih berbahaya.
Difahamkan, masih ramai penduduk yang terperangkap dan kini anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela dan beberapa agensi tempatan sedant sibuk mengatur gerak untuk menyelamatkan mereka.
Beberapa mangsa juga dilihat dimasukkan ke dalam ambulans dan difahamkan mereka dikejarkan ke pusat rawatan berhampiran untuk menerima rawatan.
Topic Berkaitan
#banjir
#Hulu Langat
#Kampung Sungai Serai
#Taman Sri Nanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan