Skip to main content

Malaysia

'Doakan saya, anak-anak dan suami syurga' - Isteri juruterbang nahas helikopter

SINAR HARIAN
Kapten Zainol Afiq antara lima individu yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, Sarawak pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Advertisement

SHAH ALAM: "Doakan saya dan anak-anak. Doakan suami syurga saya."

Demikian luahan pilu Izzati Syamimi, isteri kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq selepas mengetahui suaminya antara lima individu yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, Sarawak semalam.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta orang ramai mendoakan supaya urusan keluarga kecilnya dipermudahkan.

Sinar Harian melaporkan, kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas di STOLport Long Lellang disahkan meninggal dunia.

Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kelima-lima individu di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.

Maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement