awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor hospital kerajaan antara enam ditahan edar dadah

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2021
23:44 MYT
Doktor hospital kerajaan antara enam ditahan edar dadah
Antara barang rampasan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, pada Khamis. -Foto PDRM
PETALING JAYA: Seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital kerajaan antara enam ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kesemua enam suspek berusia antara 26 hingga 30 tahun.
Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui 11 peket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja bernilai RM4,900 serta wang tunai sebanyak RM1,450.
Polis turut merampas empat buah kereta dan sebuah motosikal bernilai RM139,500.
Ujian saringan awal mendapati lima suspek positif dadah.
Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya percaya ganja yang dirampas tersebut boleh dibekalkan kepada kira-kira 1,913 orang penagih.
Hasil semakan juga mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
Edar Dadah | Doktor di hospital kerajaan antara enam ditahan
Topic Berkaitan
#Dadah
#Doktor
#pengedaran dadah
#hospital kerajaan
#Taman Sri Manja
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#peket plastik lutsinar
#ketulan mampat
#ganja
#Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan