awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
Pemimpin seterusnya perlu berintegriti, ikhlas berkhidmat - Abang Johari
Banjir Sarawak: 1,603 mangsa masih berlindung di sembilan PPS pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor perlu jaga kesihatan mental susulan penularan COVID-19

Bernama
Bernama
10/10/2020
22:00 MYT
Doktor perlu jaga kesihatan mental susulan penularan COVID-19
Dr Adham berkata para doktor telah bertungkus-lumus berusaha demi kesejahteraaan pesakit. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Hari Doktor Malaysia yang buat julung kalinya disambut secara maya oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah memberikan ruang kepada doktor tempatan berbincang serta berkongsi pendapat mereka mengenai bidang penjagaan kesihatan yang perlu diketengah, terutama ketika negara sedang mendepani pandemik COVID-19.
Acara anjuran bersama MMA dengan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (Schomos) serta Bahagian Pengamal Perubatan Swasta (PPS) persatuan itu sempena sambutan Hari Doktor pada Sabtu.
Antaranya ialah Pengarah dan Perunding Psikiatri Hospital Bahagia, Ulu Kinta Dr Norhayati Nordin yang percaya ketika Malaysia serta negara-negara lain di dunia memerangi penularan pandemik itu, perkara tersebut turut menyebabkan tekanan emosi dan isu kesihatan mental lain.
Beliau berkata memandangkan 10 Okt telah didedikasikan sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia, pada doktor adalah tidak terkecuali, justeru mereka perlu mengutamakan keadaan mental mereka.
"Ia (COVID-19) menyebabkan tahap isolasi meningkat dan kegelisahan. Kehilangan pekerjaan telah menyebabkan tekanan emosi dan kita, para doktor tidak terkecuali. Kebanyakan kita adalah terkesan sama ada kita menyedarinya ataupun tidak.
"Jika kita membaca laporan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), pada 2018, setiap 47 saat seseorang meninggal dunia akibat bunuh diri. Jadi dengan penularan pandemik COVID-19 ini, kita perlu memastikan bahawa kesihatan mental diutamakan lebih daripada biasa," katanya sambil menambah bahawa pelaburan dalam kesihatan mental adalah perlu.
Sambutan itu, yang bersiaran menerusi Zoom dan penstriman langsung Facebook, dirasmikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dr Adham berkata para doktor telah bertungkus-lumus berusaha demi kesejahteraaan pesakit dan kementerian amat berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan atas usaha mereka yang tidak mengenal penat-lelah dalam memerangi penularan COVID-19.
"Sambutan Hari Doktor adalah untuk menghargai semua doktor di Malaysia yang telah menjadikan kehidupan rakyat lebih baik dan menerima rawatan. Terima kasih, doktor. Anda telah menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih baik. Bersama-sama kita boleh melakukan perubahan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Doktor Malaysia
#Persatuan Perubatan Malaysia
#MMA
#Doktor
#kesihatan mental
#COVID-19
#Dr Adham Baba
#Norhayati Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan