MALAYSIA
Doktor rugi RM468,000 angkara penipuan dalam talian
KUANTAN: Seorang doktor wanita kerugian RM468,000 dipercayai terperdaya dengan penipuan pelaburan dalam talian yang diiklankan menerusi laman Facebook pada Mei lepas.
Ringkasan AI
- Seorang doktor wanita berusia 55 tahun kerugian RM468,000 selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan sehingga 128 peratus sebulan melalui iklan di Facebook.
- Mangsa membuat 14 transaksi menggunakan wang KWSP ke empat akaun berbeza, namun hanya menerima paparan keuntungan palsu dan diminta membayar tambahan RM152,725 sebagai cukai sebelum menyedari ditipu.
- Polis mengesahkan nama syarikat pelaburan sah, Nikko Asset Management, telah disalah guna oleh scammer dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Selepas pembayaran dibuat, mangsa hanya diberikan paparan keuntungan palsu melalui gambar yang dihantar oleh suspek. Berdasarkan gambar tersebut, keuntungan yang diperolehi wanita itu adalah berjumlah RM800,000 termasuk modal.
"Mangsa kemudian diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM152,725 kononnya sebagai cukai sebelum dibenarkan mengeluarkan keuntungan tersebut. Namun, mangsa mula berasa curiga dan enggan membuat bayaran lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata hasil semakan mendapati Nikko Asset Management merupakan sebuah syarikat pengurusan pelaburan sah yang berpusat di Tokyo, Jepun dan mempunyai cawangan di beberapa negara, bagaimanapun nama syarikat tersebut telah disalah guna oleh scammer untuk memperdaya mangsa dalam kes penipuan pelaburan ini.
Beliau berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami