KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Pengarah TalentCorp Malaysia Datuk Nelson Renganathan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini hari ini.
Mereka berdua adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa hari ini hingga 22 Nov 2024.
Upacara mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Dominic, 54, berkelulusan peringkat doktor falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) manakala Nelson, 59, mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hull, United Kingdom dan pernah menjawat Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).
Pada sidang media selepas majlis itu, Dominic berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenan pelantikan beliau dan berjanji akan membela hak rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum.
Nelson pula menzahirkan ucapan terima kasih kepada MIC kerana mencalonkan dirinya bagi jawatan senator dan berharap dapat menyumbang dalam bidang pendidikan swasta serta memperjuangkan isu warga emas.
Terdahulu, Rais ketika berucap pada majlis itu berharap kedua-dua senator berkenaan dapat mengalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin kerana Dewan Negara sedang melalui fasa transformasi yang memerlukan penglibatan dan penyertaan aktif ahlinya secara menyeluruh supaya peranan Dewan Negara dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor serta dihormati.
Beliau juga memaklumkan Dewan Negara sudah mempunyai tiga Jawatankuasa Pilihan Khas yang mempunyai kuasa perundangan iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah; Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan.
"Ketiga-tiga jawatankuasa ini merupakan sekutu kepada agenda transformasi Parlimen, yang insya-Allah saya yakin dapat direalisasikan pembaharuan ini seawal tahun depan dengan komitmen sudah pun diberikan pihak Eksekutif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Rais bergambar bersama Pengarah TalentCorp Senator Datuk Nelson Renganathan (kiri) dan Presiden Parti Gerakan Senator Datuk Dr Dominic Lau selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Dewan Negara hari. - Foto BERNAMA
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Dominic, Nelson angkat sumpah senator Dewan Negara
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Pengarah TalentCorp Malaysia Datuk Nelson Renganathan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini.
DAP patut henti politikkan isu darurat - Presiden Gerakan
Parti DAP diminta berhenti mempolitikkan isu pengisytiharan darurat COVID-19 atas kepentingan peribadi, sebaliknya perlu fokus dalam usaha membantu memerangi penularan wabak itu.