Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengucapkan tahniah atas pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Trump turut mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas penyertaan mereka dalam pilihan raya yang aman dan kompetitif ini.

“Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat adalah berdasarkan hubungan kukuh antara kalangan rakyat dan rakyat, persamaan nilai-nilai demokratik dan hubugan komersial.

“Pihak kami sangat memandang berat untuk bekerjasama dengan lebih dekat dengan Malaysia bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua negara ini disamping membawa isu-isu antarabangsa bersama dan cabaran dirantau ini," jelas beliau satu kenyataan hari ini menerusi Pejabat Setiausaha Media White House di catatan Twitter Duta Amerika Syarikat.