awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dos penggalak diberi esok untuk Ahli Parlimen yang belum terima

Bernama
Bernama
10/11/2021
03:44 MYT
Dos penggalak diberi esok untuk Ahli Parlimen yang belum terima
Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada Ahli Parlimen yang belum menerimanya akan diadakan esok di klinik Parlimen. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada Ahli Parlimen yang belum menerimanya akan diadakan esok di klinik Parlimen.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.
"Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat janji temu bagi penerimaan dos penggalak itu," katanya dalam pemakluman sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemberian dos penggalak kepada Ahli Parlimen pada 2 Nov lepas.
Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Okt lepas untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#dos penggalak
#Mohd Rashid Hasnon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan