awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dos penggalak perlu untuk elak kenaikan kes COVID-19 mendadak - Dr Noor Hisham

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/11/2021
10:06 MYT
Dos penggalak perlu untuk elak kenaikan kes COVID-19 mendadak - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemberian vaksin dos penggalak perlu bagi memastikan kes COVID-19 tidak meningkat semula dengan mendadak. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kajian 'Real World Data' mendapati terdapat kesan pengurangan imuniti terhadap COVID-19 selepas beberapa bulan seseorang individu lengkap divaksinasi.
Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemberian dos penggalak vaksin perlu bagi memastikan kes COVID-19 tidak meningkat semula dengan mendadak.
"Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-naught mengikut jangkaan kes harian pada 11 November untuk seluruh negara juga meningkat kepada 1.0, kira-kira lima minggu selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan.
"Jika lihat situasi sebelum ini, trend peningkatan kes juga dilihat antara lima sehingga enam minggu selepas kebenaran rentas negeri diberikan pada 7 Disember 2020 tahun lalu.
"Ini menjadi peringatan awal kepada kita semua supaya bertindak bagi memastikan kes COVID-19 tidak meningkat semula dengan mendadak, antaranya mempergiatkan pemberian vaksin dos penggalak," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau memaklumkan, pemberian dos penggalak akan diperluaskan kepada individu berusia 18 tahun ke atas dengan komorbiditi, individu berusia 40 tahun ke atas, ibu mengandung serta petugas barisan hadapan selain kakitangan kesihatan.
"Pemilihan vaksin bergantung kepada kelulusan regulatori dan kelulusan indikasi penggunaan oleh pakar perubatan merawat sama ada daripada jenis homologous atau heterologous dengan dos primer terakhir.
"Setakat ini hanya vaksin Comirnaty diberikan kelulusan sebagai dos penggalak secara homologous selepas tempoh enam bulan menerima dos primer," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#vaksin
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan