Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini menuntut Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) memohon maaf selain ganti rugi RM30 juta kerana memfitnah dengan mengaitkannya dengan kontrak pembekalan peralatan COVID-19 Kementerian Kesihatan.
Tuntutan itu dibuat menerusi Notis Tuntutan yang disediakan oleh firma guaman The Law Chambers of Fauzi & Nasser yang mewakili Dr Adham.
Peguam Nasser Yusof berkata sekiranya C4 Center gagal memberi sebarang maklum balas terhadap notis tuntutan itu dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini, pihaknya akan meneruskan dengan tindakan memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi.
Notis tuntutan itu adalah berkenaan tindakan C4 Center menerbitkan satu kenyataan akhbar bertajuk "Health Minister Adham Baba Must Come Clean on MOF's RM30 Million Procurement Scandal" di laman webnya https://c4center.org semalam (11 Mei) yang didakwa berbaur fitnah serta tohmahan terhadap menteri itu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nasser berkata beliau telah diarahkan oleh Dr Adham untuk menghantar notis tuntutan tersebut kepada C4 Center supaya memohon maaf atas penerbitan kenyataan akhbar tersebut yang didakwa telah merosakkan reputasi beliau selaku Menteri Kesihatan.
"Kenyataan kononnya pihak menteri mempunyai proksi dalam mendapatkan tender untuk bekalkan peralatan-peralatan COVID-19 sangat merosakkan reputasi beliau.
"Selain itu anak guam kami menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta, permohonan maaf secara bertulis tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka menerusi media sosial, permohonan maaf melalui sidang media dan permohonan maaf menerusi penerbitan di laman web C4 Center,” katanya.
Beliau berkata C4 Center juga dituntut untuk menarik balik tohmahan tersebut dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu, sama ada secara lisan, menerusi kenyataan media atau menerusi video atau hantaran di laman web.
Terdahulu, usaha Nasser untuk menyerahkan notis tuntutan tersebut kepada pihak C4 Center di pejabatnya di sini gagal berikutan premis itu tidak beroperasi dan beliau kemudian bertindak menampal notis itu di pintu masuk pejabat tersebut.
Turut hadir peguam Mohamad Fauzi Abdul Samad yang turut mewakili Dr Adham, Setiausaha Politik kepada Dr Adham, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kesihatan itu, Isa Nikmat.
"Kami mohon agar pihak C4 Center melalui pengarah mereka atau wakil untuk tampil dan sanggup terima notis tuntutan ini bagi kita mencapai keadilan melalui proses mahkamah.
"Tujuan notis tuntutan ini dan tindakan mahkamah adalah untuk membersihkan nama menteri dan membawa pihak-pihak terbabit ke medan keadilan kerana menteri ingin memberi mesej yang jelas kepada rakyat bahawa beliau adalah seorang berintegriti dan bersih serta tidak melakukan seperti yang didakwa oleh C4 Center.
"Hanya melalui perbicaraan di mahkamah boleh rungkai perkara sebenar, itu hasrat anak guam kami ambil tindakan saman dan bagi memastikan mereka tidak lagi terus memfitnah beliau," kata Nasser.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020

Kenyataan akhbar dibuat C4 didakwa telah merosakkan reputasi Dr Adham selaku Menteri Kesihatan. - Gambar fail

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul

PRU15: UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham
Kerusi Parlimen Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang, yang merupakan kawasan deposit tetap UMNO diyakini kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: 'Saya orang parti, penting untuk sokong calon baharu' - Dr Adham Baba
Jelas Dr Adham, sebagai orang parti, adalah penting untuk pemimpin menyokong calon muka baharu dalam memastikan kemenangan BN.

PRU15: Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara
Datuk Seri Dr Adham Baba tidak diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon PRU15: "Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar" - Nasaruddin
Barisan Nasional (BN) Tenggara memohon agar pucuk pimpinan parti itu mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk bertanding di kawasan itu.

PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November
BN Johor akan bentang manifesto serta perkembangan Ikhtiar Johor seperti yang telah dibentangkan pada PRN Johor yang lalu.

MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM
Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup
Bilangan syarikat pemula di Pahang yang berdaftar masih berada pada tahap yang rendah iaitu hanya 13 syarikat daripada sektor edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.

MOSTI guna teknologi MYSA kenal pasti lokaliti banjir
MYSA menggunakan satelit untuk pencerapan data melalui kaedah radar dan optik di lokasi yang pernah berlaku banjir mengikut pengalaman 10 tahun.

Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear
Dr Adham turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.