Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat UMNO kerana berpaling tadah menyokong dan menyertai Pakatan Harapan demi kepentingan peribadi.
Beliau berkata perkara itu berdasarkan kepada tindak tanduk bekas perdana menteri itu yang sering melakukan 'pusingan U' terutamanya membabitkan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya jika dahulu Dr Mahathir sendiri menghasut akar umbi berhubung salah laku bekas timbalan perdana menteri itu, namun kini sebaliknya.
"Sebelum ini Dr Mahathir sendiri yang laungkan bahawa Anwar ini jijik dan menyebarkan secara meluas ke peringkat akar umbi tetapiā¦ beliau secara tiba-tiba membuat 'pusingan U' menyatakan bahawa pemenjaraan Anwar dilakukan secara tidak adil dan tidak melalui sistem perundangan yang betul.
"Ini jelas menunjukkan keperibadian beliau yang sanggup mengkhianati UMNO yang pernah diterajuinya selama 22 tahun," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di sini hari ini.
Terdahulu, ketika merasmikan persidangan itu, Zambry mengingatkan semua anggota dan pemimpin UMNO untuk membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata semua anggota perlu mempersiapkan minda dan tegas serta teguh untuk berhadapan dengan pelbagai serangan politik pakatan pembangkang.
"Serangan parti pembangkang ini jelas seperti Joseph Goebbels di mana mereka menyusun propaganda dengan sistematik selain turut disampaikan secara berulang untuk memastikan ia terus melekat di hati masyarakat," katanya.
Dalam pada itu, Zambry turut mengingatkan semua anggota UMNO supaya tidak angkuh dengan kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat selain tidak mudah rasa selesa dengan sentimen bahawa rakyat akan tetap menyokong parti itu sepanjang masa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2017
REEZAL: "Dr Mahathir secara tiba-tiba membuat 'pusingan U' menyatakan pemenjaraan Anwar dilakukan secara tidak adil... ini jelas menunjukkan keperibadian beliau." - Gambar fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.