Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyaksikan pertandingan mendayung perahu 'The Putrajaya Boat Race 2019', aktiviti yang pernah beliau cadangkan ketika Putrajaya dibangunkan dahulu.
Dr Mahathir berkata beliau mencadangkan acara mendayung perahu itu diadakan seperti yang dianjurkan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jepun.
Di Kedah, katanya acara perlumbaan sedemikian diadakan pada Hari Keputeraan Sultan Kedah menggunakan perahu Melayu.
"Dulu dicadang diadakan acara ini tetapi tiada sambutan, sehingga saya sekarang jadi Perdana Menteri 'diktator' untuk kali kedua dan saya paksa untuk adakan pertandingan mendayung perahu," katanya secara berseloroh pada sidang media selepas acara itu di Kelab Tasik Putrajaya, di sini hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad serta Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim menaiki cruise dari Yayasan Kepimpinan Perdana ke Kelab Tasik Putrajaya untuk menyaksikan pertandingan akhir antara skuad mendayung lelaki Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pertandingan itu dimenangi skuad mendayung UPM yang membawa pulang wang tunai RM1,500, pingat dan piala pusingan, manakala pasukan UM meraih RM500 berserta pingat.
Dr Mahathir berharap The Putrajaya Boat Race akan dijadikan acara tahunan.
"Media mesti umum acara ini. Ia mesti menjadi satu lagi pertunjukan yang boleh menarik pelancong asing datang ke acara ini," katanya.
Sebanyak 14 pasukan berentap dalam perlumbaan 3.8 kilometer di Tasik Putrajaya itu melibatkan tujuh kategori iaitu universiti (lelaki dan wanita), rakan sekutu universiti (lelaki dan wanita), pasukan beruniform, pihak berkuasa tempatan dan sekolah.
Kategori universiti wanita turut dimenangi skuad UPM dan pasukan wanita UM di tempat kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 15 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan pusingan akhir perlumbaan bot di antara Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia pada Pertandingan 'The Boat Race Putrajaya 2019' di Tasik Putrajaya pada Ahad. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Break The Siege: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Wartawan Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla di mana Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan Misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024.
Dr Mahathir, isteri saksi The Putrajaya Boat Race 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyaksikan pertandingan mendayung perahu 'The Putrajaya Boat Race 2019', aktiviti yang pernah beliau cadangkan ketika Putrajaya dibangunkan dahulu.