Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus menumpukan usaha mengurangkan hutang negara sebelum beliau mengakhiri tempoh memegang jawatan itu buat kali kedua.
Ketika ditanya mengenai satu perkara yang beliau mahu selesaikan sebelum melepaskan jawatan tersebut, beliau berkata: "hutang."
Dr Mahathir berkata hutang tersebut adalah terlalu besar bagi negara ini dan ia perlu dikurangkan.
"Namun apabila anda membandingkannya dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), KDNK meningkat dan peratusan hutang berkurangan, itu satu penyelesaian.
"Manakala cara lain pula adalah menjual aset," katanya pada sesi 'Masa Depan Malaysia dan ASEAN' yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN di Bangkok, Thailand, pada Jumaat.
Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan telah menganggap keadaan kewangan kerajaan sebagai perkara tidak begitu penting sebelum ini malah tidak mendapat maklumat tepat mengenai kedudukan kewangan kerajaan terdahulu.
Namun apabila Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan tahun lepas, ia mendedahkan bahawa hutang negara berjumlah RM1 trilion.
"Kami berada di luar (kerajaan sebelum ini) dan tidak mendapat maklumat mengenai apa yang berlaku dalam kewangan negara, tetapi setelah mengambil alih pentabiran kerajaan, barulah kami menyedari kadar hutang negara adalah lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata kerajaan berdepan tempoh yang amat sukar untuk menyelesaikan kedudukan kewangan kerajaan serta jentera pentadbiran.
"Namun kami dapat menguruskan hutang itu sehingga ia tidak lagi menjadi penghalang kepada pentadbiran dan pembangunan negara," katanya.
Baru-baru ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan dapat mengawal dan mengurangkan keseluruhan hutang dan liabiliti kepada 75.4 peratus daripada KDNK tahun lepas berbanding 79.3 peratus pada 2017 walaupun hutang langsung kerajaan meningkat 1.1 mata peratusan kepada 51.2 peratus daripada KDNK.
Keseluruhan hutang dan liabiliti kerajaan turun 3.9 mata peratusan setelah didorong hasil rasionalisasi kos ke atas projek mega yang terlalu mahal serta pembayaran Kerjasama Awam-Swasta, katanya.
Dr Mahathir berkata hampir satu tahun telah berlalu untuk menyelesaikan kesemua perkara yang telah dijanjikan, namun setakat ini kerajaan telah mengurangkan hutang dengan baik.
Beliau berkata negara mula mencatatkan pelaburan masuk serta pelaburan langsung asing telah meningkat kepada RM29.3 bilion dalam semua sektor.
"Pelaburan yang akan masuk (ke dalam negara) itu adalah baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019

Dr Mahathir berkata hampir satu tahun telah berlalu untuk menyelesaikan kesemua perkara yang telah dijanjikan, namun setakat ini kerajaan telah mengurangkan hutang dengan baik. --fotoBERNAMA

Pengangguran: Angka baharu beri petunjuk pemulihan ekonomi AS
Majikan di negara Uncle Sam itu dilapor menambah 397,000 pekerjaan bulan lalu.

COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta.

Malaysia dipilih terajui kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik
Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat.

Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.

Bekalan elektrik di semua pusat simpanan dan pemberian vaksin stabil - TNB
TNB bersama pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set jana kuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

Permulaan yang baik untuk JDT - Mora
Mora optimistik JDT berada pada landasan yang tepat untuk kembali kepada prestasi terbaik mereka, walaupun berhadapan dengan pramusim yang pendek.

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin
Radzi berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes
Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata tiada kes baharu dalam kalangan komuniti tempatan.

Menteri ekonomi ASEAN cadang perkenal sijil vaksin digital bersama - Azmin
Tempoh untuk pengenalan sijil vaksin digital bersama itu tidak ditetapkan memandangkan perkara itu perlu dibawa kepada mesyuarat peringkat menteri kesihatan terlebih dahulu.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.

ASEAN perlu lebih proaktif bantu pemulihan Myanmar - Hishammuddin
Amat penting untuk ASEAN mengetuai perbincangan yang telus dan berunding secara konstruktif dengan Myanmar dan semua pihak berkepentingan.

Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN jamin akses vaksin negara - Muhyiddin
Kerajaan akan meneruskan usaha secara menyeluruh bagi mewujudkan gelembung perjalanan dengan negara-negara yang berpotensi.

Hishammuddin lakukan lawatan rasmi ke Brunei esok
Ini merupakan lawatan rasmi Hishammuddin keempat bulan ini selepas Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika sidang video hampir sejam pada Isnin dengan rakan sejawatan, Jean-Yves Le Drian.

Menteri Luar Myanmar bertemu rakan sejawatan dari Indonesia, Thai di Bangkok
Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.

Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi, kata Duta Jepun
Kerjasama antara kedua negara tidak terbatas dan banyak kemajuan telah dicapai menerusi Dasar Pandang ke Timur Malaysia.

PH desak kerajaan pertimbang keputusan hantar pulang 1,200 tahanan Myanmar
Adalah tindakan tidak bertanggungjawab hantar tahanan itu kembali ke Myanmar ketika berdepan konflik yang hanya akan membahayakan lagi keselamatan mereka