Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu aset di Sarawak khususnya sungai dimanfaat sebaik mungkin.
"Saya telah bercakap berkenaan potensi di Sarawak ini, kita perlu eksploitasi aset yang kita ada iaitu sungai yang sememangnya merupakan suatu aset di samping tanah. Tanah sangat luas di Sarawak berbanding jumlah penduduknya yang agak kecil.
"Jika dibandingkan dengan sungai, pembangunan tanah kini tertakluk kepada pertimbangan dari segi alam sekitar tetapi dengan sungai, kita boleh lakukan banyak perkara... pengangkutan, menjana tenaga. Berdasarkan taklimat yang disampaikan kepada saya tadi, saya dapati potensi bagi pertumbuhan Sarawak itu ada dan segala-galanya bergantung kepada bagaimana kita memanfaatkan aset itu," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup kira-kira 45 minit mengenai pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini hari ini, yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan barisan menteri Kabinet Sarawak.
Sebaik selesai taklimat, Dr Mahathir diraikan kerajaan Sarawak dengan acara memotong kek bersempena ulang tahun kelahiran beliau.
Mengulas lanjut mengenai taklimat tersebut, Dr Mahathir berkata beliau dimaklumkan antaranya mengenai pelaburan asing di Sarawak.
"Daripada taklimat tadi, saya dapati bahawa pembangunan tidak terhad kepada Kuching sahaja tetapi kepada tempat-tempat lain dan industri juga, telah banyak pelaburan asing datang ke sini dan saya yakin ini boleh ditingkatkan lagi," katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai hubungan kerajaan Persekutuan dan Sarawak, Dr Mahathir kerjasama antara kedua-dua kerajaan adalah baik.
"Sekarang ini kita sudah bertemu beberapa kali dan kita dapati kerjasama antara kerajaan Sarawak dengan Persekutuan memang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018
Dr Mahathir tiba untuk menghadiri taklimat tertutup pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini. Turut kelihatan, Abang Johari (kanan, baju Melayu merah). Astro AWANI
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Agihan pendapatan AHB 5.00 sen bagi tahun 2024
Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen b
APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.
Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon
Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir
Seramai 29,103 pegawai dan anggota JBPM bersiap-sedia bersama 1,070 aset untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku.
RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Maritim Malaysia perlu tambah aset
Keupayaan aset yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar.
AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan
Kekurangan sumbangan antarabangsa menyebabkan Afghanistan melalui krisis ekonomi yang berpanjangan.