awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir naik Proton X70 masuk Istana Negara

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
10/06/2021
08:17 MYT
Dr Mahathir naik Proton X70 masuk Istana Negara
Kereta Proton X70 yang dinaiki Dr Mahathir tiba di Pintu Dua, Istana Negara kira-kira jam 1.58 tengah hari. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Tatkala pemimpin lain menaiki kereta mewah keluaran luar negara memasuki Istana Negara, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebaliknya.
Bekas Perdana Menteri itu tiba di Pintu Dua, Istana Negara kira-kira jam 1.58 tengah hari pada Khamis menaiki sebuah Proton X70 berwarna kelabu.
Kenderaan dinaikinya itu juga berbeza dengan kereta ahli politik lain yang tiba pada hari sama, namun dari pemerhatian Astro AWANI, keretanya tidak bercermin gelap.
Bahkan, ketika beliau beredar dari Istana Negara pada jam 3 petang, Ahli Parlimen Langkawi itu menurunkan tingkap dan melambai kepada petugas media yang berada di pekarangan Istana Negara.
Begitupun, tiada kenyataan media diberikan memandangkan beliau dijadual mengadakan sidang media secara dalam talian pada hari sama.
Dr Mahathir merupakan pemimpin ketiga menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada Khamis selepas kereta membawa beliau dilihat memasuki istana pada jam 1.58 tengah hari tadi.
Sebelum itu, pemimpin pertama yang tiba di Istana Negara pada Khamis ialah Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.22 pagi tadi.
Istana Negara
Dr Mahathir yang memang terkenal dengan sifat mesranya, melambai ke arah kumpulan media di luar Pintu Dua, Istana Negara. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Maklumat dari sumber mengatakan beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11.00 pagi.
Beliau dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 11.36 pagi dan tidak sampai 30 minit selepas itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula memasuki istana.
Kenderaan membawa beliau dilihat keluar meninggalkan bangunan Istana Negara kira-kira jam 12.54 tengah hari.
Tiada sebarang kenyataan diberikan kepada media daripada kedua-dua pemimpin itu yang dilihat terus meninggalkan kawasan istana selepas pertemuan selesai.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#menghadap Al-Sultan Abdullah
#Istana Negara
#Proton X-70
#Ahli Parlimen Langkawi
#COVID-19
#Sesi Perjumpaan Khas Majlis-majlis Raja
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan