Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini hari ini untuk menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF) kali kelima.
Ini merupakan lawatan kerja pertamanya di Rusia sejak memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Lawatan rasmi terakhir beliau di Rusia adalah pada 2002.
Pesawat membawa Dr Mahathir dan delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada 6.30 petang waktu tempatan dengan ketibaan beliau disambut Timbalan Gabenor Vladivostok, Melnikov Oleg.
Perdana Menteri sebelum ini berada di Kemboja bagi lawatan rasmi tiga hari.
Lawatan Dr Mahathir di Rusia adalah atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin, sempena EEF yang berlangsung di kampus Far Eastern Federal University di sini.
EEF merupakan inisiatif Putin pada 2015 bertujuan menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia dan memperluaskan kerjasama antarabangsa di rantau Asia-Pasifik.
Penganjur menjadualkan beberapa pertemuan rasmi bagi Perdana Menteri esok termasuk mesyuarat dua hala dengan Putin dan rakan sejawatan dari India, Narendra Modi.
Dr Mahathir juga akan diwawancara oleh media tempatan sebelum majlis makan tengah hari dihoskan oleh Putin yang akan disertai beberapa pemimpin lain.
Kemudian, Perdana Menteri dan delegasi akan menyertai Sesi Pleno EEF, acara utama forum tersebut.
Beberapa pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe serta Presiden Mongolia, Khaltmaagin Battulga juga akan menyertai beliau.
Dr Mahathir diiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.
EEF diwujudkan menerusi dekri yang dikeluarkan Putin pada 2015 untuk menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia dan memperluaskan kerjasama antarabangsa di rantau ini.
EEF, dianjurkan oleh Roscongress Foundation, kini menjadi platform untuk membincangkan isu dan cabaran ekonomi global, penyepaduan serantau serta industri baharu selain teknologi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Roccongress Foundation, Alexander Stuglev, beberapa dialog perniagaan akan diadakan dengan negara rakan kerjasama terkemuka di rantau itu, khususnya ASEAN, perkumpulan penting negara membangun Asia Tenggara.
Beliau berkata lebih 6,500 peserta dari Rusia dan seluruh dunia menyertai forum itu untuk terlibat dalam mesyuarat perniagaan, pameran, program budaya dan sukan yang pelbagai.
Pameran tersebut akan mengetengahkan pembentangan oleh badan kerajaan persekutuan Rusia mengenai peluang pelaburan dan insentif termasuk projek pelaburan utama di Daerah Persekutuan Timur Jauh di sini, melibatkan kerjasama antarabangsa.
Bernama
Wed Sep 04 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok bagi lawatan kerja di Pulau Russky, Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) 2019 hari ini. - fotoBERNAMA
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Dr Mahathir tiba di Vladivostok untuk Forum Ekonomi Timur
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini hari ini untuk menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF) kali kelima.