awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir tulis segera nota dalam buku kecil

Bernama
Bernama
02/10/2018
01:13 MYT
Dr Mahathir tulis segera nota dalam buku kecil
Dr Mahathir menunjukkan buku catatan kecil yang sering dibawa beliau, ketika ditemui media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom pada Isnin. --fotoBERNAMA
Tun Dr Mahathir Mohamad akan sentiasa membawa buku catatan kecil mana-mana jua dan mencatatkan nota dengan segera tentang tindakan yang perlu dilakukan anggota Kabinet.
"Saya catat masa itu juga. Jangan tunggu lama-lama, nanti lupa. Tulis apa yang boleh kita ambil tindakan," katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom pada Isnin.
Dalam pertemuan dengan media Malaysia itu, beliau turut mengeluarkan buku nota kecil itu tetapi tidak membenarkan membaca apa yang tertulis di dalamnya.
"Depan pun bubuh (tulis), belakang pun bubuh," katanya sambil menyelak buku kecil berkenaan.
Beliau turut mempunyai catatan dalam buku kecil berkenaan ketika berada di London.
Dr Mahathir berkata beliau akan membacakan catatan dalam buku berkenaan pada mesyuarat Kabinet, yang dipengerusikannya.
"Saya lihat apa yang perlu dilakukan, saya tulis nota di sini (buku). Bila mesyuarat Kabinet, saya sebutlah benda ini.
"Sebagai perdana menteri, saya bertanggungjawab secara keseluruhan, yang jalan tugas menteri-menteri. Saya kena beritahu menteri kalau ada sesuatu yang perlu diketahui menteri itu, supaya dia ambil tindakan,"katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buku nota
#kabinet
#London
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#mesyuarat
#Perdana Menteri
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan