awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mohamed Sapian dilantik Pengarah Kesihatan Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2021
06:05 MYT
Dr Mohamed Sapian dilantik Pengarah Kesihatan Sarawak
Dr Mohamed (kiri) merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan pengurusan.
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed dilantik sebagai pengarah baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berkuat kuasa 14 Jun 2021.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Dr Mohamed Sapian menggantikan Dr Chin Zin Hing yang bersara wajib pada 21 Mei 2021.
"Tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed yang telah dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak yang baharu berkuat kuasa mulai 14 Jun 2021.
"Sebelum ini, Dr Mohamed Sapian merupakan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) JKN Pahang sejak tahun 2016," katanya menerusi catatan Facebooknya, baru-baru ini.
Dr Mohamed merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan pengurusan.
Antara jawatan yang pernah disandang ialah sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Semporna; Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, JKN Pahang; Pengarah Hospital Jengka; Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu; Pegawai Kesihatan (Epidemiologi) Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan; Pegawai Kesihatan Daerah Bera dan Pegawai Kesihatan Daerah Rompin.
"Selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga kecemerlangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dapat diteruskan," katanya.
Sementara itu Dr Chin Zin Hing bersara wajib pada 21 Mei lepas selepas berkhidmat lebih daripada tiga dekad dalam perubatan kepada rakyat Sarawak.
Topic Berkaitan
#Dr Mohamed Sapian Mohamed
#Pengarah Kesihatan Sarawak
#Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
#Jabatan Kesihatan Sarawak
#Dr Chin Zin Hing
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan