awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Rebecca dilantik Pengarah Eksekutif APEC

Firdaus Alauddin
Firdaus Alauddin
15/11/2018
02:42 MYT
Dr Rebecca dilantik Pengarah Eksekutif APEC
Dr Rebecca akan memegang jawatan itu bermula 1 Januari 2019 selama tiga tahun. - Gambar fail/Bernama
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria dilantik sebagai Pengarah Eksekutif, Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang baharu.
Pelantikan Dr Rebecca sekali gus menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang terpilih ke jawatan tertinggi itu.
"Menteri-menteri anggota APEC mengalu-alukan pemilihan dan pelantikan Dr Rebecca, Bekas Ketua Setiausaha MITI Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria sebagai Pengarah Eksekutif, Sekretariat APEC sewaktu mesyuaratnya hari ini," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan APEC, selepas mesyuarat menteri-menteri kerjasama itu di Port Moresby, Papua New Guinea pada Khamis.
Dr Rebecca akan memegang jawatan itu bermula 1 Januari 2019 selama tiga tahun.
"Pengalaman bertahun lamanya dan rekod akademik berserta kecemerlangan kerjaya profesional beliau menjadikan beliau calon yang yang terbaik untuk berhadapan cabaran yang hebat di peringkat serantau dan dunia," kata Menteri Luar Papua New Guinea, Rimbink Pato lagi.
Beliau mengambil alih tugas daripada Dr Alan Bollard dari New Zealand selepas dua penggal menjawat jawatan itu.
Menurut Pato, sebagai Pengarah Eksekutif, Dr Rebecca akan membina kekuatan yang diasaskan oleh pejawat terdahulu dan beliau berada di tempat dan masa yang tepat untuk membantu serta membimbing APEC dalam meneruskan agenda pertumbuhan inklusif.
Dr Rebecca sebelum ini menyertai perkhidmatan awam Malaysia pada tahun 1981 dan berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk kerja-kerja pentadbiran dan pembangunan manusia.
Peranannya sebagai Setiausaha Agung MITI dari tahun 2010 hingga 2016 telah menjadikan beliau sinonim dengan forum dua hala, serantau dan pelbagai hala, selain beliau sering berperanan memimpin dalam rundingan yang melibatkan ASEAN, APEC dan Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Topic Berkaitan
#APEC
#Asia
#Dr Rebecca Fatima Sta Maria
#ekonomi
#MITI
#New Zealand
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan