MALAYSIA
Dr Sufian dilantik Naib Canselor baharu UKM

Prof Dr Sufian Jusoh (kanan) dilantik sebagai Naib Canselor baharu UKM berkuat kuasa 5 Jun untuk tempoh dua tahun, menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman yang meletak jawatan pada Februari lalu. -UKM
KUALA LUMPUR: Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sufian Jusoh dilantik sebagai Naib Canselor yang baharu institusi pengajian itu untuk dua tahun berkuat kuasa 5 Jun lalu.
Ringkasan AI
- Prof Dr Sufian Jusoh dilantik sebagai Naib Canselor baharu UKM berkuat kuasa 5 Jun untuk tempoh dua tahun, menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman yang meletak jawatan pada Februari lalu.
- Sufian, 57, merupakan pakar dalam undang-undang ekonomi antarabangsa dan integrasi ekonomi, dengan kelulusan dari University of Wales, University College London, dan University of Bern.
- Pelantikan ini diumumkan selepas dakwaan salah guna kuasa yang tular melibatkan bekas Naib Canselor, yang turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Dalam kenyataan itu Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga UKM turut mengucapkan tahniah kepada Sufian atas pelantikan itu.
“Tahniah kepada Prof Dr Sufian atas pelantikan sebagai Naib Canselor UKM bagi tempoh 2 tahun,” kata kenyataan itu.
Sufian, 57, merupakan pakar dalam bidang integrasi ekonomi multilateral dan serantau serta undang-undang antarabangsa.
Beliau memulakan pengajian tertiari di University of Wales dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian.
Kemudian, pada 2003, beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama di University College London.
Minat yang mendalam terhadap bidang perundangan mendorong beliau meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Undang-undang Ekonomi Antarabangsa dan mendapat pengiktirafan peringkat tertinggi (summa cum laude) dari University of Bern, Switzerland pada tahun 2010.
Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman yang meletak jawatan pada 3 Februari lalu selepas memegang jawatan sejak 2021.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami