awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Wan Azizah sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa letupan bunga api

Bernama
Bernama
03/01/2024
08:50 MYT
Dr Wan Azizah sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa letupan bunga api
Dr Wan Azizah (dua,kiri) ketika melawat ibu mangsa letupan serpihan bunga api, Milikiyah Fajar (kiri) di Pangsapuri Seri Perindu, Cheras hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga dua beradik mangsa letupan bunga api di bahagian bumbung sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Isnin lepas.
Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, menyampaikan sumbangan wang tunai di kediaman waris mangsa di Pangsapuri Seri Perindu, Cheras di sini.
"Kita akan tolong apa yang boleh. (Selain sumbangan wang tunai), kita juga bagi bantuan makanan untuk ahli keluarga mangsa selain akan cuba permudahkan urusan persekolahan anak-anak (mangsa)," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa.
Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan Zon Bandar Tun Razak turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berharap semua pihak mengambil iktibar daripada tragedi itu dengan mengenal pasti bahaya serta risiko melibatkan bahan membakar seperti bunga api.
Dalam insiden Isnin lepas, Muhd Helmi Zulkifli, 40, maut manakala adiknya, Muhammad Pahzdlei Zulkifli, 39, cedera akibat terkena serpihan bunga api yang meletup di bahagian bumbung bangunan tempat letak kenderaan sebuah hotel di Port Dickson.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan (JKKPNS) semalam memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga rakannya sedang menyiapkan pemasangan bunga api bagi sambutan ambang tahun baharu di hotel terbabit sebelum ia meletup secara tiba-tiba pada 11.50 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa letupan bunga api
#Wan Azizah Wan Ismail
#hotel di Port Dickson
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan