awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemalangan kereta api dan bas di Hamburg, seorang maut, 3 parah
Mahasiswa cadang penyaluran SARA diperluas kepada e-dompet
Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Wan Azizah terima Anugerah Felow Kehormat RCSEd

Bernama
Bernama
22/08/2025
15:45 MYT
Dr Wan Azizah terima Anugerah Felow Kehormat RCSEd
Dr Wan Azizah menyifatkan pengiktirafan itu sebagai penghormatan besar bukan hanya buat diri beliau dan keluarga tetapi juga kepada rakan dalam bidang perubatan serta negara. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima Anugerah Felow Kehormat dalam Pembedahan daripada Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) hari ini.
Penganugerahan itu sebagai mengiktiraf perkhidmatan Dr Wan Azizah dalam bidang perubatan dan masyarakat awam termasuk advokasi beliau terhadap komuniti terpinggir.
Dr Wan Azizah, yang merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai penghormatan besar bukan hanya buat diri beliau dan keluarga tetapi juga kepada rakan dalam bidang perubatan serta negara.
"Izinkan saya untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada RCSEd atas anugerah berprestij ini. Secara peribadi, ini merupakan pengalaman yang merendahkan hati dan sangat istimewa," katanya semasa berucap pada majlis itu.
Anugerah Felow Kehormat itu dikhaskan kepada individu yang memberi impak melangkaui kecemerlangan klinikal merangkumi kepimpinan, advokasi dan perkhidmatan kepada masyarakat disampaikan oleh Presiden RCSEd Profesor Rowan Parks.
Dr Wan Azizah, yang juga pakar oftalmologi, turut mengingatkan hadirin bahawa pakar bedah merupakan tonggak kepada sistem penjagaan kesihatan, dengan piawaian dipegang mereka akan menentukan masa depan perubatan di seluruh dunia.
Beliau berkata integriti profesional tidak boleh dirunding dan menambah "watak yang dipamerkan serta etika yang diamalkan adalah sama penting dengan pisau bedah di tangan mereka".
Selain Dr Wan Azizah, majlis itu turut menyaksikan 126 ahli pembedahan dan pergigian dari Malaysia, Singapura, Bangladesh, India, Pakistan, Mesir serta Nigeria menerima skrol mereka.
Memasuki tahun keempat berturut-turut penganjuran di Kuala Lumpur, majlis itu menjadi acara penting kepada RCSEd yang mencerminkan hubungan erat mereka dengan komuniti perubatan dan pergigian di rantau ini.
RCSEd, yang aktif di Malaysia sejak 2018, baru-baru ini menempatkan semula pejabat antarabangsanya di Putrajaya bagi memperluas latihan, kursus dan peperiksaan di rantau ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#RCSEd
#bidang perubata
#integriti profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan